Saturday, July 7, 2012

Yin - Teman dan Isteri Sejati....

Assalammualaikum, hari ni dah masuk hari ke-26 abang Mummy, Yin Wong Khoo Lai mengalami pendarahan otak disebabkan oleh stroke. Sudah dua minggu dia keluar daripada hospital.

Mummy lasti visit dia hari Selasa yang lepas (3/7/12) dengan Mama Miraki. Minggu ni Mummy tak dapat turun ke Kulai ziarah Yin sebab esok anak2 ada sport day dan daddy pun esok baru balik dari Indon. Insyallah weekend depan Mummy turun untuk ziarah Yin. Walaupaun tak datang ziarah hari2 kami tak jemu2 menunggu update tentang keadaan Yin. Kami sentiasa berdoa semoga dengan izin Allah Yin sihat seperti sedia kala. Amin.

Hari ni kawan baik Yin masa kat UiTM datang menziarah seisi keluarga. Bakri memang best friend Yin, kira betul2 BFF. Sebelum ni pun Bakri ada datang dengan kawan2 Yin yang lain. Dan Bakri ni almost hari2 akan bertanyakan keadaan Yin daripada Mama Miraki.

Teman sejati. Diharap kehadiran Bakri menyuntik semangat Yin untuk cepat sembuh. *Gambar dari FB , Bakri Tumiran

Setia seorang isteri.
*Gambar dari FB , Bakri Tumiran


Yin masih tak boleh bergerak, kaki dia sakit mungkin disebabkan gout. Hari Isnin ni Yin ada follow-up di HSA untuk sambung MC dia. Diharap urusan membawa Yin ke HSA dipermudahkan. Harap2 sehari dua ni Yin boleh berjalan semula atau setidak-tidaknya boleh jalan dengan berpapah. Kami adik beradik dah berbincang dan dengan persetujuan Kak Tanty, selepas check-up di HSA, Yin akan dibawa ke Parit Bunga rumah kakak Mummy, Mama Janet untuk diurut. Mungkin seminggu dua Yin akan berada di Parit Bunga.


Mummy mengharapkan doa yang berterusan dari pembaca2 blog Mummy ni agar abang Mummy semboh sedia kala. Mummy tau kawan2 Yin pun tak jemu2 mendoakan agar Yin cepat semboh. Terima kasih ye pada kakak2 dan abang2 semua.


"Yinnnnn, kau mesti ingat pesan aku ni, kuatkan semangat kau untuk semboh! Jangan mengalah, ramai lagi yang sakit lebih teruk dari kau tapi akhirnya semboh juga. Isnin ni kau nak ke HSA, make sure kau larat bangun dan jalan ye Yin. Nanti minggu depan aku datang ziarah kau. Aku masakkan lauk kesukaan kau, ikan parang dengan nenas pedas2. Harith dah tak sabar2 nak kau ambik dia dari sekolah. Hari2 bila Kak Tanty ambik dia dari sekolah, soalan pertama dia "Papa dah ok ke Ma"... demi Harith dan kami semua kau mesti semboh tau Yin.".


Kami balik kampung... 2 hari selepas tu Yin diserang stroke. Semuanya dengan izin dan kuasaNya.


1 comment:

  1. Insyaallah, pasti akan sembuh nanti. Ameen. Cuma my fren yg tukang urut kata, kalau stroke ni seeloknya urut guna halia, bukan dgn minyak sbb minyak hanya akan menutupi liang2 roma yg lagi mengeruhkan keadaan tapi wallahualam la kan...semua tu ikut kepakaran memasing.

    ReplyDelete