Terkini - Yin dah start layan FB dan tengok blog. Mummy rasa elok juga kalau di a tengok semula gambar di FB dan blog, harap2 dapat bantu dia mengingat semula perkara2 yang dia lupa atau keliru. Sejak dia sakit, pagi ni first time Mummy dapat chat dengan Yin. Masih dalam stage untuk pulihkan ingatan so memang dia akan ambik masa untuk reply apa yang kita tanya kat dia.
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Showing posts with label yin wong khoo lai. Show all posts
Showing posts with label yin wong khoo lai. Show all posts
Wednesday, July 25, 2012
Monday, July 23, 2012
Yin - Sambung MC 3 Bulan
Hari ni Yin ada follow-up kat HSA. Alhamdulillah di adah boleh jalan, so pergi ke HSA naik kereta je ditemani Kak Tanty dan Harith. Sampai di HSA, YB Bukit Mutiara dah menunggu.
Tanty ponteng sekolah , nak temankan papanya ke HSA
Setia seorang isteri
Nampak susut badan Kak Tanty...
Muka boring menunggu
Masa tunggu Kak Tanty ambik kereta ada satu merc berhenti depan Yin. Pas tu Yin buat cakap , ' bukan ini ke kereta aku'.....
MC sehingga 22/12/2012
Overall, fikiran Yin masih bercelaru, tak stabil dan sedikit konfius. Kadang2 dia rasa dia masih berada di Lawas lagi. Banyak kali dia tanya betul ke emak dan abah dah tak ada. Kadang2 dia ok, boleh buat lawak lagi cam dulu. Ya, Allah dengan kekuasaanMU kau kembalikan lah semula daya ingatan abangku ini.
Sekarang ni Yin kerap bukak FB dan tengok blog. Harap2 dengan tengok2 gambar2 tu ingatannya bertambah baik.
Sunday, July 22, 2012
Yin - Ramadan Yang Barakah
Bulan Ramadan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran. Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat. Bulan diampunkan dosa. Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan. Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar. Dan berkat kehadiran Ramadhan yang mulia, tahap kesihatan abang Mummy, Yin bertambah2 baik. Selepas keluar dari Hospital Muar, Yin dah boleh berjalan walaupun tidak berapa stabil dan laju. Alhamdulillah syukur, setidak-tidaknya dia boleh ke tandas dengan berjalan. Tak perlu lagi pakai salur dan bag kencing.
Selepas dua minggu Yin berada di rumah kakak Mummy, Mama Janet, semalam sempena 1 Ramadhan 1433 (Sabtu) Yin balik ke rumahnya di Kulai.
Yin bersama pegawai2 pengiring
Yin dan Mama Jant & Hubby...selama 2 minggu Yin dibawah jagaan Mama Janet & Hubby. Sempat berurut 3x sebelum kena masuk ke Hospital Muar pulak.
Kesibukan YB Bukit Mutiara sebagai 'urusetia'
Abang Brahim....yang banyak berkorban masa dan tenaga, yang rajin layan Yin bercakap dan excercise
Takut nak lepaskan Yin jalan sorang2... takut terjatuh
Dah boleh berjalan sendiri.....
Kak Tanty drive dan Yin jadi jadi penumpang....harap2 balik raya nanti Yin dah boleh drive
Apa makna senyuman mu?
Ok ready nak bertolak, YB Bukit Mutiara ikut kereta Kak Tanty dari belakang. Kesian pulak nak lepaskan Kak Tanty 3 beranak balik ke Kulai, itu yang Som turun ke Muar gak.
Tah tau bila lagi dapat pegi ziarah Yin. Kami semua berdoa agar ingatan Yin dapat pulih semula dalam masa terdekat. Ya Allah kami semua bersyukur dengan segala ujian dan nikmat yang Kau berikan.
Monday, July 16, 2012
Yin - Warded @ Hospital Muar
Baru je dapat berita, Yin ditahan di Hospital Muar. Tujuan asal ke hospital untuk tukar salur kencing dan sambung MC. Selain dari tu Yin kencing berdarah. Oklah Mummy dah nak bertolak ke Muar ni.
Friday, July 13, 2012
Yin - Tak banyak perubahan
Keadaan Yin semalam, 12/07/2012. Tak banyak perubahan pada dirinya untuk dua hari ni. Masih lagi tak boleh nak duduk sendiri. Dan yang menjaganya masih lagi tak mampu nak angkat dia semula ke atas katil.
Sepanjang hari dia hanya terbaring jer
Abang Brahim tak jemu2 berusaha untuk bantu Yin duduk
Akhirnya lepas maghrib, Abang Brahim berjaya bantu Yin untuk duduk. Nampak muka Yin ni sangat keletihan dan tak bermaya jer. Mungkin badan dia sakit2, orang tarik2.
Tak sabar nak tunggu hari Sabtu, Mummy nak pegi ziarah Yin. Harap2 masa tu Yin dha boleh bangun berdiri or berjalan sikit.
Monday, July 9, 2012
Yin - Terkini, selepas 4 Minggu
9/7/2012 (Isnin) - Sekarang ni Mummy memang tak de mood nak berblog, dah lama tak buat n3 masak2 dan baking2 kan. Kalau ada pun n3 pasal abang Mummy yang sedang terlantar sakit.
Cepat benar masa berlalu, dalam tak sedar dah 4 minggu Yin terlantas sakit. Hari ni Yin ada follow-up di HSA. Kelmarin petang Kak Long dan anak bujangnya si Dr Kroll tidur rumah Yin untuk tolong siap2kan Yin untuk ke HSA.
Seperti dijangka pagi tadi Yin masih tidak mampu mengerakkan kakinya untuk berjalan, bukan setakat berjalan tapi nak angkat kaki di bahagian peha pun dia tak larat, bila dipegang dia kata sakit. So kami syak memang dia kena gaot. Untuk bawak Yin ke HSA kami sewa ambulance. Ambulan yang sama juga tunggu Yin selesai buat follow-up dan hantar Yin terus ke rumah kakak Mummy, si Mama Janet di Parit Bunga Muar. Yin akan berurut seminggu dua di situ.
Cepat benar masa berlalu, dalam tak sedar dah 4 minggu Yin terlantas sakit. Hari ni Yin ada follow-up di HSA. Kelmarin petang Kak Long dan anak bujangnya si Dr Kroll tidur rumah Yin untuk tolong siap2kan Yin untuk ke HSA.
Seperti dijangka pagi tadi Yin masih tidak mampu mengerakkan kakinya untuk berjalan, bukan setakat berjalan tapi nak angkat kaki di bahagian peha pun dia tak larat, bila dipegang dia kata sakit. So kami syak memang dia kena gaot. Untuk bawak Yin ke HSA kami sewa ambulance. Ambulan yang sama juga tunggu Yin selesai buat follow-up dan hantar Yin terus ke rumah kakak Mummy, si Mama Janet di Parit Bunga Muar. Yin akan berurut seminggu dua di situ.
Suasana di hospital sementara Yin menunggu giliran. Kesian si Harith. hari ni birthday dia tapi papa dia Masih sakit lagi. Kalau tak tiap tahun mesti dia akan potong kek denan mama dan papanya. Sabar ye Harith. Sabtu depan Cik Gee pegi tengok papap, Cik Gee buatkan kek untuk Harith yer.
Isteri yang sejati... nasib baik mendapat pengetua yang bertimbang rasa, so lepas habis kelas sebelah pagi tu Kak Tanty terus balik rumah dan ikut ke HSA.
K'roll anak bujang Kak Long yang bila2 masa tunggu surat kat hospital mana dia akan ditempatkan. So buat masa ni memang banyak tenaga dan ilmu pengetahun yang dia belajar dipraktikkan tidak secara rasmi. Yin jadi patient pertama dia.
Lama gak check-up hari ni sebab Yin kena buat semula CT scan. Buat scan sebelum lunch so terpaksa tunggu lepas lunch la untuk jumpa dr semula dan dr explain hasil scan. Keluar rumah lebih kurang pukul 9.30 am sampai pukul 3.30pm baru urusan di HSA selesai. Alhamdulillah hasil scan, dr kata tiada lagi cairan berlebihan di otak Yin. Percakapan Yin pun bertambah baik cuma pergerakkan dia yang sangat limited buat masa ini. Harap2 Yin akan cepat recover. Dr bagi Yin MC seminggu jer... cam hairan gak la kenapa la Dr ni bagi MC seminggu jer, dalam keadaan Yin macam sekarang ni hanya keajaiban dan dengan kekuasaan Allah sahaja Yin boleh kembali boleh mengajar dalam masa terdekat. Nak buat camana ikut je la arahan, next week kena bawak Yin gi follow-up semula. Kami cadang Yin akan berurut selama dua minggu di Muar tapi bila kena chekc-up semula minggu depan, tak tau la plan camana pulak nanti. Harap2 dalam masa seminggu Yin bertambah2 sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Dari HSA ambulan terus bawak Yin ke Muar. Kak Tanty dan Kak Long temankan Yin naik ambulance. Harith, Som nak kereta dengan Kroll mengekor dari belakang.
Dari semalam lagi Mama Janet dah siapkan katil untuk Yin.
Dalam pukul 5.30 Yin dah sampai ke rumah Mama Janet
Sedang di tolak masuk ke rumah Mama Janet
Sedia untuk dipindahkan sari stretcher ke katil
Letih dan haus di jalanan dari HSA. Kak Tanty tengah suapkan Yin minum teh-o suam.
Tak tau kenapa, tapi Mummy rasa sedih sangat tengok gambar Yin yang ni. Ntah apa yang sedang difikirkan dia
Kak Tanty, Harith, Kak Long, Som dan K'roll kat rumah Mama Janet sampai lepas Isya', so dalam pukul 8.45 dia orang balik ke Kulai/Kota Tinggi/JB. Semua singgah Kulai dulu sebab kereta kat rumah Yin.
Dr Kroll beri semangat dan motivasi kepada Yin
Papa, Harith balik dulu dengan mama yer, esok Harith sekolah. Nanti malam sabtu Harith datang lagi dengan Mama. Hari ni bday Harith, harith tak nak hadiah apa2, Harith nak papa sihat macam dulu2 je. Papa cepat semboh yer... I luv u papa.
Mama balik dulu pa, esok mama mengajar, nanti malam sabtu mama datang dengan harith. Papa cepat sembuh yer. Mummy tak dapat bayangkan bila sampai rumah kat Kulai nanti dah tengah malam, dan lepas Som dan Kak Long balik ke rumah masing2 tinggal Kak Tanty dan Harith jer berdua kat rumah yang besar tu. Ya Allah, kau kuatkan lah hati kakak iparku menghadapi ujian ini.
Bukan Kak Tanty dan & Harith jer yang tak sabar nak tunggu hujung minggu, Mummy pun tak sabar gak. Mummy memang dah plan nak ziarah Yin walaupun masa tu tak tau lagi samada Yin ada di Kulai atau di Muar.
"Yinnn, make sure hari Sabtu ni ko boleh jalan tau. Harap2 lepas berurut2 nanti ko bukan setakat boleh jalan tapi ko boleh lari lagi. Nanti aku datang masakkan lauk kegemaran ko. Cam selalu ingat pesan aku, ko kena kuat kan semangat kau untuk semboh. Kau mesti boleh punya. Kami semua sentiasa doakan yang ko cepat semboh dan boleh mengajar semula seberapa segera. Lagi 2 minggu kita nak puasa dah, ko nak bawak Harith gi Tarawih kan... ko praktis gerakkan kaki dan tangan kau hari2 tau, paksa diri kau tu. "
Credit gambar dari FB , Mama Janet, Som & Kroll
Saturday, July 7, 2012
Yin - Teman dan Isteri Sejati....
Assalammualaikum, hari ni dah masuk hari ke-26 abang Mummy, Yin Wong Khoo Lai mengalami pendarahan otak disebabkan oleh stroke. Sudah dua minggu dia keluar daripada hospital.
Mummy lasti visit dia hari Selasa yang lepas (3/7/12) dengan Mama Miraki. Minggu ni Mummy tak dapat turun ke Kulai ziarah Yin sebab esok anak2 ada sport day dan daddy pun esok baru balik dari Indon. Insyallah weekend depan Mummy turun untuk ziarah Yin. Walaupaun tak datang ziarah hari2 kami tak jemu2 menunggu update tentang keadaan Yin. Kami sentiasa berdoa semoga dengan izin Allah Yin sihat seperti sedia kala. Amin.
Hari ni kawan baik Yin masa kat UiTM datang menziarah seisi keluarga. Bakri memang best friend Yin, kira betul2 BFF. Sebelum ni pun Bakri ada datang dengan kawan2 Yin yang lain. Dan Bakri ni almost hari2 akan bertanyakan keadaan Yin daripada Mama Miraki.
Teman sejati. Diharap kehadiran Bakri menyuntik semangat Yin untuk cepat sembuh. *Gambar dari FB , Bakri Tumiran
Setia seorang isteri.
*Gambar dari FB , Bakri Tumiran
Yin masih tak boleh bergerak, kaki dia sakit mungkin disebabkan gout. Hari Isnin ni Yin ada follow-up di HSA untuk sambung MC dia. Diharap urusan membawa Yin ke HSA dipermudahkan. Harap2 sehari dua ni Yin boleh berjalan semula atau setidak-tidaknya boleh jalan dengan berpapah. Kami adik beradik dah berbincang dan dengan persetujuan Kak Tanty, selepas check-up di HSA, Yin akan dibawa ke Parit Bunga rumah kakak Mummy, Mama Janet untuk diurut. Mungkin seminggu dua Yin akan berada di Parit Bunga.
Mummy mengharapkan doa yang berterusan dari pembaca2 blog Mummy ni agar abang Mummy semboh sedia kala. Mummy tau kawan2 Yin pun tak jemu2 mendoakan agar Yin cepat semboh. Terima kasih ye pada kakak2 dan abang2 semua.
"Yinnnnn, kau mesti ingat pesan aku ni, kuatkan semangat kau untuk semboh! Jangan mengalah, ramai lagi yang sakit lebih teruk dari kau tapi akhirnya semboh juga. Isnin ni kau nak ke HSA, make sure kau larat bangun dan jalan ye Yin. Nanti minggu depan aku datang ziarah kau. Aku masakkan lauk kesukaan kau, ikan parang dengan nenas pedas2. Harith dah tak sabar2 nak kau ambik dia dari sekolah. Hari2 bila Kak Tanty ambik dia dari sekolah, soalan pertama dia "Papa dah ok ke Ma"... demi Harith dan kami semua kau mesti semboh tau Yin.".
Kami balik kampung... 2 hari selepas tu Yin diserang stroke. Semuanya dengan izin dan kuasaNya.
Wednesday, July 4, 2012
Yin, kenapa kau menangis?
3/7/2012 - Mummy ambik cuti, Mummy dan Mama Miraki turun ke Kulai ziarah abang Mummy, Yin Wong Khoo Lai. Kebetulan hubby Mama Miraki ada kerja di Jabatan Laut Johor so we all tumpang sekaki. Seawal pukul 6.15am Mama Miraki dah sampai rumah untuk jemput Mummy. Pukul 9am kami dah sampai ke rumah Yin.
Masa tu Yin ditemani Kak Long dan anak nya Kroll dan Kak Yah (kakak ipar Yin). Yin masih tidur lagi. Kak yah kata dah dua malam berturut2 Yin tka tidur, terkebil2 je malam-malam. Mummy datang pun dia tak sedar. Puas dah buat bermacam cara nak bagi dia sedar dan bukak mata.
Mummy panggil, geletek, tepok2 tapi Yin tak menguit langsung.
Dari pagi dia asyik tidur je... jenuh Mummy dan Mama Miraki buat macam2 nak bagi dia bukak mata. Dah puas basuh muka dia tapi dia tak nak bukak mata gak. Kita panggil2 pun dia setakat eh eh sekali2. Sedih tauuuuu
Dalam tidur tapi dari raut wajah dapat digambarkan Yin sedang menanggung kesakitan yang amat.
Yin tak bukak mata tapi air mata asyik keluar je. Tak tau la kenapa air mata dia menitis. Sama sebab sakit, sedih atau apa. Wallahualam..... Mummy sampai pukul 9.00, hampir pukul 11 baru dia buka mata sikit. Mummy gegarkan badan dia biar bangun, akhirnya dapatlah dia makan nasi 5-6 sudu, tembikai susu sikit dan air glucose setengah cawan. Selera makan Yin memang tak ada langsung. Itu yang menambahkan dia tak bertenaga.
Mama Miraki tengah sembang ngan Yin, walau Yin tak respond tapi we all tak putus asa.
Kak Long, Mummy & Mama Miraki. Kak Long tidur semalam di rumah Yin. Hari ni sampai hari Jumaat kakak2 Kak Tanty ada untuk jaga Yin so Kak Long balik rumah dulu.
Dari pukul 5pm plan nak balik tpai rasa cam tak smapai hati la pulak nak tingglkan Yin dalah keaddan macam tu.
Macam2 Mummy dan Mama Miraki buat biar Yin terjaga dan bukak mata masa kami nak balik. Sesekali dia ada respond tpai kami tak berapa paham
Keadaan Yin minggu ni tidak sebaik minggu lepas, kalau minggu lepas selepas balik dari follow-up check-up dia boleh berjalan sendiri perlahan2, nak kencing boleh ke toilet, tapi 4-5 hari ni dia langsung tak boleh bangun sendiri dari katil. Kencing pun atas katil je. Sekarang ni dah pasang salur kencing terus masuk dalm ke bag. Nasib baik ada anak Kak Long, si Khairul yang betul2 baru habis buat medic resti pasangkan. Kira Yin jadi patient pertama dia la. Yin banyak tidur dari jaga. Tak tau la kenapa dia asyik tidur jer nak kat apengaruh ubat tak juga sebab dia hanya ambik ubat darah tinggi dan ubat darah tinggi tu tak menyebabkan mengantuk. Kami tak jemu berdoa semua dengan kuasa Allah dalam masa terdekat yin boleh recover dari penyakitnya.
Yinnnnnnnnnnnn. Bangunnnnnnnnnnnn. Ingat cakap aku ni, kau kena kuatkan semangat. Lawan penyakit tu. Kau tak berseorangan kami semua akan bantu kau pulih sedia kala. Ingatkan Harith, dah lama dia tunggu papa dia jemput bila balik sekolah. Hari2 bila Kak Tanty ambik dia mesti dia akan tanyakan kau 'Papa dah ok ke ma' . Demi kami semua kau kena kuat, jangan mengalah. Insyallah Allah sentiasa bersama kau. Bangunnnnnnnnnnnnn Yin!!!
Tuesday, June 26, 2012
2012-06-26 Update Yin
Selasa (26/06/2012) - Semalam genap 2 minggu Yin diserang stroke yang menyebabkan pendarahan otak. Hari ni Yin ada appointment dengan Dr di HSA. Actually bukan appointment pun, MC yang Dr bagi masa Yin discharge dari hospital tu sampai hari ni je. So semalam kakak Mummy call HSA camana nak sambung MC lagi sebab abang Mummy memang belum sihat dan definetly tak boleh nak mengajar lagi. Bukan nak mengajar, nak uruskan diri sendiri pun tak boleh lagi. Jalan masih tak kuat, daya ingatan belum pulih dan yang paling menyedihkan dia tak boleh bercakap lagi. Suara dia tak berapa nak keluar dan tak jelas. Mummy rasa dia faham apa yang kita cakap cuma dia tak mampu untuk menjawabnya. So perlu bantuan pen dan kertas juga la.
Masa kakak Mummy call HSA semalam, dia orang kata patient kena datang gak sebab dr nak tengok camana keadaan. Dan yang menghairankan dia orang tanya jahitan dah bukak ke belum? Kakak Mummy inform la masa discharge tu tak de siapa bagi tahu pun kena datang semula untuk bukak jahitan. Follow-up appointment yang diberikan pun pada 1hb Ogos 2012. Dan tak de pun appointment untuk speeach theraphy dan fisiotheraphy yang diberikan.
Dr bagi lagi MC untuk 2 minggu lagi. Harap2 dalam masa dua minggu ni banyak perubahan dan improvement pada diri Yin. Kami belum dapat lagi pembantu yang boleh tolong2 tengok Yin masa Kak Tanty pegi mengajar. Alhamdulillah dalam tempoh dua minggu ni Yin tak ditinggal berseorangan di rumah. Kami adik beradik bersilih ganti menemaninya. Terima kasih banyak2 untuk kakak2 Mummy yang dah bersay, Kak Long, Datin S & Datuk T dan Kak Mah & Farhan yang sanggup 'berumah-tangga' sementara secara bergilir di rumah Yin. Kami adik beradik yang lain hanya dapat ziarah pada hujung minggu je.
Dr kata Yin tak perlu fisiotheraphy sebab dia boleh jalan, cuma akan ambik masa sikit untuk jalan secara normal. Sekarang masalah utama Yin cuma daya ingatan dia. Masih bercelaru dan tak dapat berfikri dengan cepat. Takes time untuk proses apa yang dia nak cakap.
p/s Kredit kepada kakak Mummy, YB Bukit Mutiara yang tolong ambik gambar2 ni. Walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan tapi oklah at least kami adik-beradik yang ada di KL ni dapat tenok keadaan semasa Yin.
Masa kakak Mummy call HSA semalam, dia orang kata patient kena datang gak sebab dr nak tengok camana keadaan. Dan yang menghairankan dia orang tanya jahitan dah bukak ke belum? Kakak Mummy inform la masa discharge tu tak de siapa bagi tahu pun kena datang semula untuk bukak jahitan. Follow-up appointment yang diberikan pun pada 1hb Ogos 2012. Dan tak de pun appointment untuk speeach theraphy dan fisiotheraphy yang diberikan.
Alhamdulillah dengan bantuan, Yin boleh masuk ke dalam kereta untuk di bawa ke hospital. Yin diiringi kakak ipr Mummy, kakak Mummy, Datin S dan Datuk T.
Isteri sejati, tak tau la hari ni Kak Tanty ambik cuti atau apa. Biasalah cikgu bukan senang2 nak ambik cuti or EL. Hari tu pun dia dah ambik 4 hari cuti
Tunggu giliran nak jumpa pakar neuro
Dah lebih sejam menunggu, Yin sampai terlena di kerusi roda
Dr bagi lagi MC untuk 2 minggu lagi. Harap2 dalam masa dua minggu ni banyak perubahan dan improvement pada diri Yin. Kami belum dapat lagi pembantu yang boleh tolong2 tengok Yin masa Kak Tanty pegi mengajar. Alhamdulillah dalam tempoh dua minggu ni Yin tak ditinggal berseorangan di rumah. Kami adik beradik bersilih ganti menemaninya. Terima kasih banyak2 untuk kakak2 Mummy yang dah bersay, Kak Long, Datin S & Datuk T dan Kak Mah & Farhan yang sanggup 'berumah-tangga' sementara secara bergilir di rumah Yin. Kami adik beradik yang lain hanya dapat ziarah pada hujung minggu je.
Dr kata Yin tak perlu fisiotheraphy sebab dia boleh jalan, cuma akan ambik masa sikit untuk jalan secara normal. Sekarang masalah utama Yin cuma daya ingatan dia. Masih bercelaru dan tak dapat berfikri dengan cepat. Takes time untuk proses apa yang dia nak cakap.
p/s Kredit kepada kakak Mummy, YB Bukit Mutiara yang tolong ambik gambar2 ni. Walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan tapi oklah at least kami adik-beradik yang ada di KL ni dapat tenok keadaan semasa Yin.

.jpg)






















.jpg)



















