Masa kakak Mummy call HSA semalam, dia orang kata patient kena datang gak sebab dr nak tengok camana keadaan. Dan yang menghairankan dia orang tanya jahitan dah bukak ke belum? Kakak Mummy inform la masa discharge tu tak de siapa bagi tahu pun kena datang semula untuk bukak jahitan. Follow-up appointment yang diberikan pun pada 1hb Ogos 2012. Dan tak de pun appointment untuk speeach theraphy dan fisiotheraphy yang diberikan.
Alhamdulillah dengan bantuan, Yin boleh masuk ke dalam kereta untuk di bawa ke hospital. Yin diiringi kakak ipr Mummy, kakak Mummy, Datin S dan Datuk T.
Isteri sejati, tak tau la hari ni Kak Tanty ambik cuti atau apa. Biasalah cikgu bukan senang2 nak ambik cuti or EL. Hari tu pun dia dah ambik 4 hari cuti
Tunggu giliran nak jumpa pakar neuro
Dah lebih sejam menunggu, Yin sampai terlena di kerusi roda
Dr bagi lagi MC untuk 2 minggu lagi. Harap2 dalam masa dua minggu ni banyak perubahan dan improvement pada diri Yin. Kami belum dapat lagi pembantu yang boleh tolong2 tengok Yin masa Kak Tanty pegi mengajar. Alhamdulillah dalam tempoh dua minggu ni Yin tak ditinggal berseorangan di rumah. Kami adik beradik bersilih ganti menemaninya. Terima kasih banyak2 untuk kakak2 Mummy yang dah bersay, Kak Long, Datin S & Datuk T dan Kak Mah & Farhan yang sanggup 'berumah-tangga' sementara secara bergilir di rumah Yin. Kami adik beradik yang lain hanya dapat ziarah pada hujung minggu je.
Dr kata Yin tak perlu fisiotheraphy sebab dia boleh jalan, cuma akan ambik masa sikit untuk jalan secara normal. Sekarang masalah utama Yin cuma daya ingatan dia. Masih bercelaru dan tak dapat berfikri dengan cepat. Takes time untuk proses apa yang dia nak cakap.
p/s Kredit kepada kakak Mummy, YB Bukit Mutiara yang tolong ambik gambar2 ni. Walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan tapi oklah at least kami adik-beradik yang ada di KL ni dapat tenok keadaan semasa Yin.




No comments:
Post a Comment