Thursday, June 14, 2012

Alhamdulillah Beransur Sembuh

Keadaan Yin pada pukul 6 petang ni

Semalam salur pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulut abang Mummy dah dikeluarkan. Alhamdulillah masuk hari ke-3 di hospital Abang Mummy dah dibenarkan makan dan minum (minimum kuantiti). Hari ni kakak Mummy yang kat Kelang dan anaknya serta Mama Janet datang ziarah abang Mummy ni, selain tu pengunjung tetap semestinya kakak ipar Mummy, Kak Tanty dan kakak Mummy YB Bukit Mutiara tu. 

Update yang diberikan oleh kakak2 Mummy, keadaan abang Mummy (Yin) bertambah baik, dah boleh bernafas tanpa bantuan pernafasan (petang semalam kena semput pulak). Dia boleh bercakap tapi tak boleh cakap banyak2, nanti termengah2. Masa Mummy ziarah hari Selasa tu Yin tak boleh cakap lagi sebab ada salur di mulut so Mummy  bagi Yin kertas dan pen kalau dia nak cakap something. Mungkin masih di bawah pengaruh ubat so kadang2 dia ingat2 lupa pada sesetengah perkara. Tapi yang paling dia tak lupa mestilah anak tunggalnya si Harith. Pagi semalam dia berkomunikasi dengan nurse gunakan kertas dan pen, dia nak jumpa dengan Harith, so hospital call dan dapatlah Harith jumpa dengan papa dia.

Insyallah kalau tiada halangan hujung minggu ni Mummy turun sekali lagi ke JB ziarah.


1 comment: