Monday, June 4, 2012

Farah ♥ Firdaus

Cuti sekolah sinonim dengan majlis kahwin, semalam jiran Mummy buat majlis kahwin untuk anak dia. Ini majlis perkahwinan yang ke-3 kat taman perumahan Mummy ni sejak Mummy pindah ke sini. Kawasan perumahan Mummy ni baru 2 tahun lebih so mostly yang tinggal di sini pun baya2 Mummy dan anak2 pun masih sekolah. Cuma ada beberapa orang jer yang tunggu masa nak pencen, so memang jarang la majlis kahwin diadakan.  

Tema blue turquoise dan putih, sangat2 soft dalam cuaca panas. So untuk adik2 kat luar sana yang nak kahwin tu kalau nak pilih warna thema perkahwinan tu sesuaikan la dengan cuaca panas kat tempat kita ni yer, unless uols buat majlis kat dewan yang siap dengan aircond. Uols imagine dalam cuaca panas dan khemah tu warna oren terang, purple pekat atau merah menyala2 tak ke menambahkan kepanasan tetamu2...hihi... Mummy la yang menyibuk2 kan...hihih


Tamu dah start datang

Ada khemah kat jalan ada yang kat taman

Ala2 garden wedding ni...hihi


Pengantin lama

Pengantin baru... Farah & Firdaus


Pengantin siap peace lagi


Mummy dan sebahagian dari jiran2 selorong


Dania & girls next door


Pengantin kecik...heheh


Nak gak dia bergambar kat sini cam kakak dia

Best apa gebang2 ngan jiran2 bawah pokok buluh ni...hihi... redup dan berangin lagi


Gang gossip tepi pagar


Dengan Kak Zee dan Dr Farah (yang tunggu masa bersalin)


Dengan Kak Gayay dan Datin Afida

Kepada Farah & Firdaus, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.

1 comment:

  1. Cantiknya baju pengantin pompuan tu Mummy... kelabu2 asap dimeriahkan dgn labuci turqoise, jd cantik pulak.. jom! kita copy paste utk baju raya tahun ni Mummy... :D

    ReplyDelete