Monday, June 11, 2012

Semoga cepat sembuh abangku Wong Khoo Lai

Assalammualaikum,


Minta jasa baik pengikut2 dan silent reader blog Mummy Gee untuk sama2 mendoakan agar satu-satunya abang Mummy di dunia ini Bahrin Omar a.k.a Yin Wong Khoolai sepat sedar dan sembuh dari penyakit yang sedang dihadapinya . Sekarang ni abang Mummy masih berada di bahagian emergency Hospital Sultanah Aminah. Sebelum tu dia berada di Hospital Kulai.


Gambar abang Mummy ni Mummy ambik hari Sabtu lepas masa kami ramai2 balik ke kampung. Masa ni dia sihat segar bugar jer.

Abang Mummy ni pagi tadi ok jer sempat comment status FB family. Mengikut info yang disampaikan oleh kakak2 Mummy yang berada di JB, abang Mummy ni selepas lunch di sekolah terus muntah2 dan tak sedarkan diri. Kawan2 cikgu bawa dia ke Hospital Kulai dan doktor bagi injection. BP dia naik. Dia ada sedar sekejap tapi mamai2 dan cuba nak cakap tapi tak boleh difahami, selepas tu dia tak sedarkan diri semula.

Dr dah buat scan, masuk camera dalam perut dan pasang alat bantuan pernafasan. Memang berselirat dengan wire sana sini. Pukul 10mlm abang Mummy dipindahkan ke HSA.

Sehingga N3 ni Mummy publish kami belum dapat berita dan update. 

Yin, ko mesti kuat. Lawan penyakit tu!

5 comments:

  1. semoga abang mummy gee siht kembali...

    ReplyDelete
  2. yA Allah, sembuhkanlah sahabatku ini,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... malam tadi dr buat operation untuk mengeluarkan lebihan cairan sebab ada pendarahan di otak. Semoga selepas operation beliau kembali sihat seperti sediakala.

      Delete
  3. Semoga beliau kembali sihat dan ceria. Ameen.

    ReplyDelete