Friday, June 22, 2012

Salah ubat - mata gatal, berair dan bengkak

Ubat2 dan suplement yang Dr bagi semalam

3-4 hari ni Mummy kena sakit kepala dan tengkok yang sangat2 sakit. Pas tu rasa tak selesa cam nak muntah (kalau nak muntak sebab preggy tak pe gak..heheeh) . Selalunyakalau sakit kepala cam tu telan pain killer terus hilang tapi kali ni sampai berhari2. So petang semalam dah tak tahan sangat Mummy gi panel klinik kat opis. Chek BP normal 120/70. Dr kata mungkin sebab stress, kurang tidur dan makan tak tentu masa. Memanglah latelay ni Mummy  cam stress fikirkan masalah kesihatan abang Mummy, selera makan pun down dan tidur tak berapa lena. Ditambah lagi dengan masalah bibik. Lagi2 sakitlah kepala Mummy ni. Dr bagi ubat2, suplement dan MC.

Tak lama lepas makan ubat petang semalam mata Mummy start gatal2 berair dan sembab. Makin lama makin bengkak. Dari sebelah mata dah kena dua2 belah mata. Baru lah Mummy ingat Mummy tak bagi tau dr yang Mummy ni alegic pada sesetengah pain killer, selalunya yang jenis 'ponstan'. Daripada sakit tengkuk dan kepala ditambah dengan sakit mata pulak. Dugaan betul.



No comments:

Post a Comment