Wednesday, June 20, 2012

Jangan putus asa Yin, kau kena lawan!

Assalammualaikum,
Mood untuk berblog jatuh merudum ekoran keadaan kesihatan abang Mummy yang agak membimbangkan. 
Cerita Yin 1
Cerita Yin 2
Cerita Yin 3


Abang Mummy dah discharge dari HSA hari petang semalam. Kami pun agak terkejut bila dapat tau Yin dah discharge. Nurse kata masalah berkaitan neuro dah ok cuma darah tinggi je so dibekalkan ubat jer. Masa discharge semalam Yin tetap mamai2 dan belum boleh jalan pun. Kami sewa ambulan untuk bawak balik Yin ke Kulai. Som dan Kak Mah yang temankan Yin dalam ambulan.


Nasib baik Kak Mah dan anak bujannya si Farhan turun JB so adalah orang temankan kakak ipar Mummy jadi Yin. Hari ni Kak Mah kata ramai cikgu2 sama sekolah Yin mengajar yang datang tapi Yin tidur memanjang.


Kami memang sangat2 risau, kami hairan kenapa Yin asyik tidur jer. Kalau kat hospital tidur jer mungkin pengaruh ubat, sekarang ni makan ubat ikut masa so time tak makan ubat pun dia tetap tidur.


Adik ipar Mama Miraki, Dr Rahmat (pakar neuro di KK) nasihatkan untuk bawak Yin semula ke hospital, mungkin masih ada lebihan cairan atau cairan baru di kepala Yin. 


Ya Allah kau sembuhkan lah penyakit abangku ini Ya Allah. Isteri, anak dan kami semua sangat2 memerlukan beliau. Sembuhkanlah Ya Allah. Hanya padamu kami memohon.


Yin, bangunnnn. Jangan tidur jer. Kau lawan penyakit kau tu. Kau kuatkan semangat. Anak2 murid kat sekolah tu tunggu kau datang mengajar. Si Harith nak ajak kau gi main bowling. Kau mesti kuat, jangan mengalah. Bangunnnn Yinnnnnnnn!!! 

1 comment:

  1. Amin Ya Rabb...mummy gee..smoga awak pun terus tabah..jaga kesihatan..dil paham perasaan bila orang tersayang sakit....:-(

    ReplyDelete