Sunday, June 24, 2012

Hari Minggu dan Yin

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu. Breakfast apa pagi ni. Mummy cuma rebus ubi samin dan buat kopi-o je. Ubi tu kawan daddy bagi. Saiz ubi tu besar2 so Mummy rebus dua biji je. Yang baki cadang nak buat lepat atau talam ubi , itu pun kalau rajin la. Kopi-o tu cam biasalah kopi asli dari abang kopi di pekan PS. Mummy ni bukan peminat kopi tegar tapi kalau kopi dari kampung ni memang tak tolak la. Terbau aroma di ajer dah tergoda.. Tak yah nak minum kopi mahal2 kat St*rbuc* ke kat mana2... hehhe

Ubi rebus samin + kopi-o kampung

Sedikit update tentang tahap kesihatan abang Mummy. Semalam ramai adik beradik Mummy, sedara2 dan kawan2 Yin yang datang ziarah. Yin boleh jalan sikit2 kalau dibantu. Itu pun untuk beberapa tapak je. Alhamdulilah pada kami itu sudah cukup  mengembirakan. Dia masih menghadapi masalah untuk bercakap, walaupun dia cuba nak cakap tapi suaranya tak keluar. Stroke tu melibatkan saraf percakapan dan saraf ingatan Yin.

Kesian betul Yin tengok keadaan Yin bila dia nak bangun. Kena dipapah dan dibantu. 


Long Bani ni datang dari Cheras. Sepupu Mummy yang paling close dari sebelah emak. Dia ni pandai sikit urut-mengurut.


Yin sedang diurut

Kawan2 baik Yin masa belajar di UiTM. Yang pompuan tu bukan la kawan Yin tapi kakak Mummy si Mama Janet.

Yin sekadar dengar kawan2 dia menyembang dan senyum. Nak membalas semula dia masih belum mampu cakap. Alhamdulillah dia masih boleh menulis walau mengiggil2 dan ambik masa

Dari kat hospital ramai kawan2 dan student yang datang ziarah bawak buah tangan tanda ingatan dari mereka. Semoga dengan doa dan kehadiran semua akan memberikan Yin semangat yang kuat untuk terus pulih dari serangan stroke ini.

Alhamdulillah sampai hari Selasa ni Datin S dan Datuk T masih berada di rumah Yin. So ada orang tengok kan Yin masa Kak Tanty pergi kerja. Untuk hari Rabu dan seterusnya... masih sedang difikirkan... 

p/s Kredit untuk Mama Miraki dan Mama Janet untuk gambar2 dia atas,

4 comments:

  1. beli kerusi urut macam kat shoping compleks

    ReplyDelete
  2. Ptg tadi pun kami baru makan ubi - tapi MIL goreng je. Sarapan kami makan keladi gatot ..hehe... selalu ubi gatot, tp ni keladi gatot rebus + kelapa parut. Sedap..

    Urut mmg satu alternatif yg baik utk stroke. Kalau dpt tukang urut yg sesuai, insyaallah akan cepat pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keladi gatot tu keladi apa MM? Tak tau pulak Mummy

      Delete
  3. kladi gathot tu cam ubi gathot gak ler.arwah biomg dulu kan rajin wat.kopek2 kladi tu pastu d jemur kt panas mentari smpai kladi berkulat "cemethut" gitu jadinya kladi tu dila d rebus/d grg

    ReplyDelete