Sunday, June 17, 2012

Ya Allah, kuatkan semangatnya dan sembuhkan penyakitnya!

Keadaan terkini abang Mummy, gambar Mummy snap tengahari tadi masa melawat dia.

Hari ni masuk hari ke-7 abang Mummy berada di Hospital Sultanah Aminah. Beliau masih lagi berada di High Dependency Unit. Semalam Mummy anak beranak turun ke JB dan tengahari tadi baru bertolak balik ke KL. Keadaan Yin hari ini tak banyak sangat berubah dari semalam. Tengahari tadi doktor dah cabut salur yang dimasukkan ke kepalanya, mungkin sebab darah dan cairan berlebihan di kepala dah tak ada kut. Masa Mummy sampai doktor tak ada so tak boleh nak tanya.

Keadaan Yin stabil cuma tekanan darah tinggi dia tetap tinggi sampai cecah 257. Dia mengadu sakit kepala dan pening kepala sangat2. Nurse kata darah tinggi tu yang menyebabkan Yin rasa sakit kepala dan pening2 dan bukan sebab kesan tebukan dikepala. Harap2 dengan rehat secukupnya tekanan darah Yin cepat stabil. Macamana nak kurangkan tekanan darah tinggi ni ye.

Daya ingatan Yin pun agak bercelaru, dia tak ada masalah untuk kenal orang2 yang datang ziarah dia tapi dia ingat2 lupa pada cerita2 yang lepas kadang2 dia tanya benda yang sama berulang2. 

Ya Allah ko kuatkanlah semangat abangku dan kau sembuhkan lah penyakitnya. 



5 comments:

  1. agaknya kalau dtg org2 kg yg agak2 veteren sikit melawat..leh kuatkan semangat dia lagi.tapi kita pun sedia maklom..tempat jauh

    ReplyDelete
  2. Ameen...

    Mummy - itu ari ada sorang teman blogger post doa darah tinggi, mungkin boleh dicuba :-

    Doa Darah Tinggi

    ReplyDelete
  3. Nmpak aman n tenang je dia tdo..........tp dlm ati dia sorang je yg tau. dh msuk hari ke 8....mudah2an arini d beri keberkatan kesihatan oleh Nya. Aminnnnnnnnn

    ReplyDelete
  4. Semoga abg kak Gee sembuh seperti sediakala.. amin

    ReplyDelete