Monday, July 30, 2012

Cerita 9 Ramadhan

Pagi Ahad semalam amat2 letih. Sejak first day puasa, ni la first time Mummy sambung tidur selepas soalt Subuh. Sedar2 dah pukul 9.45am.... dah la malam tadi tidur asyik kaki cramp jer. Malasny anak keluar rumah tapi memandangkan stock dah tak berapa nak ada terpaksa la keluar tambah saham gak kat Tesco. Pegi pun dah almost 11.45am. Memang dah panas le...

Tepek dulu la muka tuan tanah sebelum gi tesco

Jom sapa  nak ikut Dania beraya. Siap bawak handbag. Praktis untuk kutip duit raya...heheh

Love

Dah kepenatan dan mengantukkkk.... nasib baik troli tu tak patah. Kalau tak jenuh Mummy nak kena ganti.

Jangat terkezuttttttttt. Ni bukan komplot sorok minyak sebab nak jual semula dengan harga mahal yer. Alkisahnya kalau minyak masak Mummy suka beli brang Sri Murni atau Saji. Dan beberapa bulan Mummy tak dapat minyak masak brand tu, yang banyak ada di pasaran brand Aven* or Bur*h. Tapi brand tu Mummy tak suka sebab bau tengik. So bila dah tak de brand yang Mummy suka, Mummy beli la cap T*sco or Gi*nt. Semalam kat Tesco banyak pulak Minyak Saji, tu yang Mummy angkut sampai 3 botol. Minyak daisy 2 botol tu memang sentiasa ada untuk kegunaan Mummy buat cake. So kalau korang tak de minyak , meh sini datang rumah Mummy.

Balik dari Tesco almost 3.30pm... rasa letih sangat dan zzz. Daddy kata dia nak jadi MasterChef hari ni... so Mummy relax la skit.

Menu berbuka 9 Ramadhan ... Daddy masak grilled salmon, creamy chicken soup & sayur tauge. Mummy hangatkan masak lemak umbut je. Neber Mummy bagi puding laici.

Sago gula melaka.... sedapnya makan sejuk2. Dua hari berturut2 Mummy buat sago gula melaka ni.


3 comments:

  1. dania tu cam nak gi beraya je padahal nak gi tesco jek. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dara tu ikut mood dia... kekadang nak bergaya sakan, time mood dia tak baik, pakai jer tshirt ngan seluar pendek..hehhe

      Delete
  2. Kat Tesco kata itu ari ada koleksi baju raya Rizalman Ibrahim, tak tau la Tesco mana. Kot la murah.. nak juga MM beli selai... tp lama dah tak gi Tesco.

    ReplyDelete