Monday, March 26, 2012

Sofea Jane dan keluarga datang ke rumah!

Malam minggu lepas Sofea Jane dan keluarga datang ke rumah Mummy. Sapa yang lahir tahun 70 dan 80an sure kenal sesangat ngan si Piah Sofea Jane ni. Si primadona yang cun melecun. Antara filem2 yang dilakonkan oleh Sofea Jane Mira Edora (1990), Interlud (1991), Harry Boy (1992), Kekasih Awal & Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993), Cinta Kita (1995), Sayang Salmah (1995), Jimi Asmara (1995), Suratan Kasih (1996), Puteri Gunung Ledang (2004), Susuk (2008) dan Hanyut (2011)


Lama Sofea Jane tak berlakon kan.

Inilah dia Suzy anak saudara menantu Mummy. Ada ke hubungan sedara cam tu. Dia ni wife kepada anak saudara Mummy si Lan so kira anak saudara menantu la tu. Kan ke muka dia ada iras2 Sofea Jane. Kalau buka tudung lagi lah sebijik...hihiih.

Lan, anak saudara Mummy, hubby kepada Suzy.

Abaikan lah cerita Sofea Jane ni ye, sebenarnya kakak Mummy, Kak Long dan anak2 datang  rumah Mummy sebab hari Ahad tu nak sama2 gi ke kenduri kahwin rumah adik ipar Kak Long. Sampai rumah Mummy pun dah hampir pukul 10 malam, sekejap je dia orang kat rumah Mummy sebab hari Ahad tu pukul 11am dah keluar rumah pergi ke majlis kenduri kahwin tu di Kelana Jaya.

Selain Mummy, Mama Miraki dan Datin S dan anak2 pun datang gak.

Airel dan anak2 Mummy. 

Pasangan pengantin Suhaila dan Azam... semoga bahagia hingga ke akhir hayat

2 makcik yang gebuzzzzzzzzzzzzz. Kat majlis orang pun sibuk nak snap2

Makan jangan tak makan

2 reserved table untuk family Hj omar...hihi...selain dari goodies bag, berkat pun dapat tau... Ini namanya jaworld tak lupa asal usul, walau kenduri kahwin buat di kota metropolitan tak lupa tradisi berkat...hihihi

Tengok tu si Mama Miraki sibuk je ngan camera

Anak cucu Datin S...comelnya la cucuk nenek si Ayna ni

Best gak kalau ada baby kecik lagi ni....hihih. Tapi bila terbayangkan perut nak kena belah2 ni cam seram le pulak....Dah 3x Mummy kena belah2 perut nak keluarkan anak2 ni...hihih
Comel tak saya.... Mama saya pun comel gak kan

Bday girl jadi model ubat gigi

Selain dari dapat berkat nasi, dalam goodies bag tu ada telor itek dan bekas telor tu adalah kuih cakar ayam yang dibentuk macam sarang burung, ni kali ke-2 Mummy nampak bekas cam ni....kretif kan ....dua2 boleh makan, bagi bunga telor mahal2 pun orang buang...ni insyallah orang akan makan

1 comment:

  1. Bertuah anak sedara Mummy, dpt isteri secantik Kak Piah kita. Lama betul tak nampak Kak Piah berlakon.

    ReplyDelete