Monday, March 19, 2012

Good Widow a.k.a Janda Baik - Part I

Berlalu sudah cuti sekolah, anak2 dah sekolah semula, jalan pun sesak semula. Rasa cam sekejap je budak2 tu cuti kan. Cuti2 ni mana uols bawak anak2 berjalan2? Awal cuti hari tu Mummy bawak anak2 ke JB je, tu pun satu malam je. Cousin Mummy kahwin so dah terlanjur ke JB terus lajak ke rumah kakak Mummy.

Dan last friday bawak budak2 ke Janda Baik, kebetulan office daddy buat team building session cum family day so dapatlah we al menumpang sekali....hihihi. Mummy tak pernah ke Janda Baik tapi Mama Miraki pernah pergi so automatik terbayanglah ayer sungai yang sejuk dan jernih tu. Kenapa ya nama dia Janda Baik? Emmm kalau nak tau baca kat sini.

We all bertolak dalam pukul 4pm, bukan jauh sangat pun Janda Baik tu.

Karak H'way yang panas dan lengang. Anak bila dengar karak h'way masing2 teringat cerita Karak.... Mummy tak tengok pun cerita Karak tu so tak tau camana cerita dia la, Mummy mana layan cerita2 seram....tapi kalau cerita cintan-cintun romantika di amour tu sesekali layan gak... lagi2 kalau si dia yang berlakon....hiihi.

Senang je nak ke Janda Baik..signboard besar gedabak.... u go straight don't belok2 ok...

Bila lalu kat terowong Mummy selalu teringat cerita Daylight lakonan Aaron Aziz Sylvester Stallone, cerita tentang empangan yang pecah dan menyebabkan ramai yang terperangkap kat dalam terowong. Menakutkan tau.

Ok Daddy masuk susur ke kiri tu, kalau lajak mau terus sampai ke Kuantan

Ni kalau drive sorang2 waktu malam 'mencabar' gak ni...selekoh sana selekoh sini...

Tiba2 ternampak bayangan orang tua mengayuh basikal....

Dah sampai area kampung.....

Kami bermalam di sini...3H 2 M. Satu-satunya hotel yang ada di Janda Baik . Lokasi nun di atas bukit so jauhlah sikit dari sungai...huuhuhu

Cantikkan bunga bird of paradise, helonica dan yang sewaktu dengannya

Lobi hotel 

Hotel ni tak de la besar sangat pun

Anak ramai kan so, dia orang bagi 2 bilik kat Daddy, connecting room. 

We all sampai dalam pukul 6pm, so sampai2 anak2 dah sibuk nak terjun kolam je.


Masing2 dah macam anak itek je, pantang jumpa air

Mummy tak de mood nak terjun kolam so jadi pemerhati anak2 mandi je la

Voucher untuk breakfast, lunch dan dinner....

Malam tu masa dinner Mummy tak ambik gambar sebab camera tengah charge...huhu. 

Lepas dinner lepak2 kejap kat lobi layan anak, pas tu masuk bilik. team building session untuk daddy dah start habis hampir tengah malam.


Dam giant....

Jemputlah masuk ke rumah

Rumah mini 
Lepak santai di lobi...

No comments:

Post a Comment