Saturday, March 31, 2012

Rimau dah mengaum!

Assalammualaikum, selamat berhujung minggu. Apa xtvt hari ni? Zzzzzzzzzzzzzzzzzz je sampai petang....ish ish ish...Awal bulan ni tak ke mana2 ke? Ya la rimau masing2 kan dah mengaum. Isteri2 pun dah dapat elaun bulanan dari suami masing2. Dah beli barang2 dapor ke? Mummy nak tanya uols la, untuk barang2 keperluan dapor, susu2 dan segala toiletries tu you all beli runcit2 ke lumpsum? Ada orang sebulan sekali beli terus barang2 keperluan, ada pulak yang beli runcit2 bila habis beli.

Kalau Mummy selalunya akan beli barang ni lumpsum kat Tesco atau K4, insyallah cukup untuk sebulan kalau ada yang terkurang sikit2 tu Mummy singgah je beli kat kedai pakcik Mydin atau Speedmart. Tapi ada orang tu boleh tiap2 minggu ke Tesco & K4...siapa lagi kalau bukan adindaku si Mama Miraki. Mummy tak suka beli runcit2 sebab selalunya lebih banyak belanja compare beli lumpsum. Bukan apa kekadang tu nak beli diapers je, tapi bila dah masuk ke kedai tu tangan ni cam tak boleh dicontrol amik itu ini, in the end benda2 yang tak plan  nak beli lebih banyak dari benda yg betul2 nak dibeli.

Pagi tadi Mummy ke Tesco je, ikan2 dan sayur pun beli kat situ. Sebab pegi awal pagi so sayur2 dan ikan2 pun nampak fresh. Udang besar2 hari ni cuma RM16.90, tenggiri potong RM22.90, salmon RM45 (mahal so beli 2 slice je sebab Daddy nak grill malam ni)... 

Stock bahan kering bulanan... sumber untuk menambahkan lemak2 dibadan dan juga sumber untuk menghasilkan sisa2 kumbahan...hihihi

Toiletries... bukan kemestian tapi keperluan so kena beli gak

Anak2 masing2 memang bawak bekal air ke sekolah so stock cordial memang kena sentiasa ada. Si Daniel je yang suka bawak bekal air masak ke sekolah

Frozen food untuk bekalan anak2 ke sekolah selain nasi goreng atau french toast. Roti jenama Kawan ni sangat2 sedap (pada Mummy la). Roti canai ni bukan halfcooked cam roti canai segera yang lain, tapi masih bentuk tempong yang dah dicanai je. Highly recommended pada siapa yang belum try.

Banyakkkkkkkkkkkkkkknya susu, ada anak kembar ke? Bukak nursery ke? 10 pkt susu tu tak banyak mana, sebalum hujung bualn mummy dah kena top-up beli susu tu. Si Dafiy minum susu punya la laju. Dalam sehari tak kurang dari 8  botol rasamya. Si Dania yang dah darjak satu pun membotol lagi. Bulan ni dia nak susu putih pulak, kalau tak dia tibai je susu Dafiy. Si Danish pun bila tiba angin dia, nak tidur dia minum susu ni gak, Mummy tak nak  buatkan dia suruh bibik atau buat sendiri.

Selalu Mummy beli minyak Seri murni atau vesawit tapi dua2 jenama tu tak de pun. Yang ada brang Helang, Tesco, Avena, Knife . Minyak jagung ngan bunga matihari banyaklah. Tak banyak la offer kat Tesco bulan ni, beras naga tu pun RM49.99/10kg.

Sedang berkira2 ni camana nak mengurangkan perbelanjaan bulanan Mummy yang menceceh RM????


6 comments:

  1. Kitorang..... buat mcm Mama Miraki, shopping runcit... Sebabnya, menantu mithali ni rajin balik kg, so ada masa2nya takut "bledek" (sila rujuk kamus joworld) kalau tinggalkan peti ais penuh dgn brg2 mcm Mummy tu, nanti blackout.. kerugian besar plak kan... apatah lg anak2 plak suka minum susu jenis freshmilk, cepat basi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMirror... alhamdulillah so far x de masalah black-out

      Delete
  2. Kalau semua org belanja macam Mummy Gee ni, ekonomi negara akan berkembang dengan pesat.

    Baca tajuk tadi ingatkan May Bank bagi bonus kpd kakitangannya 26 bulan gaji...hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat camana cikgu, anak2 saya ramai dan semua tengah membesar dan kemaruk makan...kenalah belanja lebih sikit...

      Bonus rimau selalu dalam 4-5 bulan, tak boleh lawan bank rakyat tu

      Delete
  3. cam nk bukak kedai minuman n mkanan......x mampu nk menampung belanja sebesar tu. wat air sirap pandan sndiri wt jus limau kasturi sndiri.....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous, awak ada ladang limau kasturi belakang rumah boleh la buat jus sendiri, ni kit anak buat sambal belacan punlimau kasturi kena beli, camana nak buat jus

      Delete