Tuesday, March 20, 2012

Congratulation Daddy!

Congratulation Daddy.


Daddy dapat 3 award semasa malam anugerah dan penghargaan BT di Cherengin Hills, Janda Baik. Semoga dengan award yang diterima ini Daddy akan bekerja dengan lebih tekun untuk keperluan kami anak beranak.
  • Outstanding Performance Sales
  • Best Diversity Team Award
  • 10 Years - BT Long Service Award


Muka tuan tanah mestilah ada.... me & him...luv u 4everrrrr


Inilah yang Daddy dapat pada malam anugerah juara lagu


Ce teka apa dalam  kotak2 ni....hihih tak kan tak tau pulak jelas2 dah tertulis


Untuk 10 Years - BT Long Service Award, Daddy dapat sepasang jam tangan CASIO. One for him one for me la..... rezeki Mummy le nak dapat jam free. Untuk Outstanding Performance Sales dapat voucher Jaya Jusco dan untuk Best Diversity Team Award, Daddy dapat Dinner Treat kat mana2.

Ada 6 biji sparkling swarovski dalam jam ni.... memancar2 you.... i likeee.  Selain dari tu permukaan jam ni dibuat dari spherical glass so tak risau le calar balar. Dan yang pasti tak karat sebab stainless steel, memang suka la ngan jam ni, lagi2 sebab jam free. Siapa nak bagi sebiji jam harga sampai 4-5 ratus... jam termahal Mummy beli pun tak sampai  RM200.

Gila kuasa tak kalau pakai dua jam serentak...hihih. Yang kiri tu jam yang baru dapat yang kanan tu jam kenangan masa wedding anniversary Mummy dan Daddy yang ke-10. Mummy beli jam sepasang sama bentuk untuk Mummy dan Daddy. Kira dah 4 tahun lebih mummy pakai jam tu, tak pernah rosak walaupun Mummy tak pernah buka samada untuk mandi hari2 atau mandi kat kolam renang atau sungai. Alhamdulillah jam tak sampai RM200 Mummy ni masih lagi bertahan hingga ke hari ni. Masing2 dah dapat jam baru so anniversary yang ke 14 bulan Mei nanti kena fikir hadiah lain pulak la nampaknya.


2 comments:

  1. Jam hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1999 dah hilang dah. Carlo Cardini...tanya kat kedai RM475.00. Sekarang pakai aje jam tangan Casio harga RM150.00. Sekarang siapa dapat APC hanya diberi RM1000...tak macam dulu.

    ReplyDelete
  2. YWKL - "Hanya diberi RM1000".... banyak la tu seribu....berapa lagi mau,....hihih

    ReplyDelete