Wah sudah malam Isnin, esok dah kerja. Anak2 cuti seminggu. Badan rasa letih dan ngantuk. Semalam Mummy ke selatan dan pagi2 tadi dah bertolak balik semula ke KL. Memang meletihkan walupun bukan Mummy yand drive.
Hari Sabtu tu ada majlis kenduri kahwin sepupu Mummy yang terakhir si Nana anak kepada makcik Mummy, Aunty Sofea. Plan nak bertolak balik malam Sabtu tu tpai Daddy balikpun dah lewat dan cuaca pun tak berapa elok so bertolak pagi2 Sabtu je la. Janji dengan kakak Mummy, Datin S jumpa kat tol Kulaifornia pukul 12PM. Mama Miraki & family pun pergi gak.
Janji nak bertolak kul 8am tapi ada orang tu dah kul 8:30am sempat cuci kereta lagi.
Sementara Daddy cuci kereta Mummy posing je la dulu
Hero dihatiku
Sedondon tu..cam hari raya pulak
Sepanjang perjalanan calling2 peserta2 konvoi... janji nak jumpa kat tol Kulai tak jadi, tukar lokai perjumpaan pulak. Jumpa kat rumah abang Mummy, Yin Wong Khoo Lai.
Tumpang gambar rumah cikgu besarrrrrrrrrrrr
Sangat2 tak suka gambar ni sebab Mummy nampak gemukkkkkkkkk. Tu semua faktor kipas angin yang tiup terlalu kuat ye puan2...hihih
Ada je yang nak enterprem
Wakil dari zon tengah...Mummy, Mama Miraki dan Datin S
Lepas lepak2 dan touch up make-up, barulah bertolak ke rumah makcik Mummy. dalam 30 minit je dari rumah abang Mummy ni.
Tak sengaja lewat depan rumahmu...ku melihat ada spender tenda biru
Rumah Aunty Sofea...
Makan cikgu jangan malu2
Dafiy yang melepek dan merenggek je...demam batuk dan selsema. Anak merengek2 pun
Gambar SS semestinya ada
jom2 tengok, pengantin dah sampai...siap ngan pedang samurai lagi tu, baik2 korang
'Tol' pertama... biasalah tradisi Johor, banyak tol sebelum pengantin lelaki dapat duduk kat pelamin
Nana, sepupu Mummy yang terakhir kahwin
Mummy ngan Dafiy menyibuk jaga 'tol' terakhir...
Oooo siap ada buku untuk tetamu tandatangan ni
album
Apalah yang Mama Miraki tulis tu
Cepat la tulis...
Jadi bahan bukti kehadiran we all ni...hihihi
Cuaca sangat2 panas...makeup pun cair...hihi
Mummy ngan Atin dan Wawa. Dia orang berdua ni adik beradik. Kira pangkat anak2 saudara Mummy gak.
Mummy dan Mak We, satu-satunya adik beradik emak Mummy yang masih ada. Mak We ni kakak emak Mummy
Kak Long
My other bigggggggg brother.... ni cousin Mummy
Dari rumah makcik Mummy ni we all terus ke rumah YB Bukit Mutiara, bermalam di situ. Datin S & family tak join sebab dia nak singgah dan tidur kampung.
2 b continued....
3 comments:
Betul tu Mummy... walaupun tak drive, kita ni rasa penat yg amat. Mcm MM ni sebab penat window2 je (seharian mengukur jalan).... tu pun mujur tak pakai high heel.. klu tak 3 kali penat.
gee..aku bayangkan ko terlari sana , terlari sini.kejap nak gambo ngan wawa, kejap atin kejap yait, kejap jelan.nasib baik bon ko tak jumpa.hihihi.ni ckp org jeles sbb x g.
MJanet - Kita kan multitasking dan supermak, so memand dah biasa dengan xtvt berkejar-kejaran ni...hihih
Post a Comment