Thursday, May 5, 2011

Pumpkin Choc Muffin

Cerita labu lagi kali ni. Mummy ni tak habis2 dengan labu kan... hihi. Nak buat camana Sabtu lepas Mummy beli labu yang agak besar. Nak beli yang kecik tak ada so beli gak la. Sabtu tu dah buat lepat labu guna sepertiga labu je, so daripada labu tu kering dalam peti sejuk Mummy buat lah muffin malam ni. Ada baki suku lagi mungkin buat pengat labu la pulak hujung minggu ni... waaaa tengok tu weekend lambat lagi tapi Mummy dah plan pasal makan je.. camanalah badan tak tembun cam labu yer...huhuhu

Tengok tu cantik je naik muffin ni 

Gebu tak?

Tengok muffin ni... menghairahkan uols tak? Heheh... nampakkan moist je muffin ni.

Kalau ada yang cam nak buat muffin ni nah Mummy bagi resepi dia... sukatan resepi senang je sebab gunakan cawan je. Tak perlu nak timbang2.

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum/self raising flour*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan labu (perah sedikit airnya)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan choc chip (tak nak letak pun tak apa)
CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur
3. Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
4. Masukkan labu parut, kelapa kering dan choc chip. Gaul rata gunakan spatula.
5. Tuang dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Masa arwah mak n abah tanam labu kenapa ko lum lahir lagi ye.Kalau tak , tak ler asyik makan labu rebus tabur gula pasir je...

    ReplyDelete
  2. Ya la kita taunya dulu msk lmak daun labu, msk labu pedas dgn pakis n pengat/rebus labu, itu je d ulang2 smpai jemu x de muffin2 kan.....kannnnn

    ReplyDelete
  3. setuju ngan mama janet..nape dulu ngko tak nak buat muffin tu gee..sengaja malas ya...

    ReplyDelete
  4. Mama Janet & Anonymous - masa tu aku x nak la tunjuk bakat memasak terpendam ni... nantikorang kecik hati pulak sebab si adik ni lebih terror masak dari korang semua....

    ReplyDelete