Wednesday, May 4, 2011

Family Time - Part II

Mummy ni biasalah kalau n3 related ngan family mesti banyak episod... tapi Mummy tau korang suka baca dan tengok2 gambar kan.... jom sambung layan gambar


Suasana chalet pada waktu malam ... waktu ni baru kul 9pm... suram je kan dengan kawasan sekeliling yang gelap gelita...

Lepas maghrib hujan turun boleh tahan lepatnya. Alahai, tak boleh le nak berunggun api cam ni. Anak2 pun duduk kat chalet je. Daddy dan anak2 semua terlena kecuali si Dafiy.


Bila hujan teduh... masing2 bersemangat semula. Hubby Mama Miraki try nyalakan unggun api semula.


Shasha & Ika dah bersihkan khemah so kita orang yang rasmikan dulu...

Kasihan kat Daniel & Danisy, dia orang bersungguh2 nak camping tapi lastnya tido kat chalet je, so bila hujan dah teduh Mummy gerakkan dia bangun tidor. Tapi cuma si Daniel yang terjaga si Danish tak menguit langsung.




Jenuh mengejutkan si Daniel, tapi dia setakat tukar tempat tidor je... sambung tidor dalam khemah... hahha...apalah Along ni

Tengah2 malam terjaga makan jagong bakar...

Agak2 apa yang dia orang kerumun ni?


Tangan berselirat ni berebut apa ye?


Inilah dia yang direbutkan... ubi bakar special. Tu dia tengah malam makan ubi bakar. Tapi kan aroma ubi bakar yang rentong2 ni sangat2 sedap ye. Teringat zaman kecik2 masa ikut abah ke kebun, bakar ubi kayu ngan keledek ... bestnye.


Dafiy & Amir, dua budah cinonet yang tak reti mengantuk


Jagung bakar special satu... cepat2 sapa nak ..limited edition ni


Pukul 1.30am... Daddy bangun tidur dan terus join group nyalakan unggun api.

Tengok tu masih berkain pelikat lagi. Jangan terburai sudah la Daddy

Daddy dah tukar uniform, kain pelikat sudah tolak tepi.

Daddy dah tukar uniform, kain pelikat sudah tolak tepi.


Hafeez, anak bujang Kak Kay.... kalau ada yang berkenan boleh la roger2 kat Mummy ni...hahha. Single and available...


Bila dah sembang2 mata yang ngantuk pun jadi segar bugar, apatah lagi dengan hidangan air panas yang silih berganti sekejap teh-o, ganti nescafe, pastu kopi dan sebagainya. Prestasi sangat2 memuaskan dari orang yang ambik tender buat air ni...sapa lagi kalau bukan Kak Kay.... Rasanya Mummy tidor dalam pukul 2am kut.


Pukul 6.00 am dah terjaga. Masa tu Daddy baru nak masuk chalet. Oooo rupa2nya malam tu Daddy, hubby Mama Miraki dan hubby Kak Kay tak tidor langsung, dia orang bersembang sampai pagi. Kira dia roang jadi jaga pada anak2 yang tidor dalam khemah la...


Pagi2 bangun tengok air sungai mengalir rasa sangat2 tenang je... udara sangat2 segar dan badan pun rasa fresh (walau belum mandi...hihihi).


Air yang jernih...kenapa air kat sungai sejuk ye? Sebab banyak pokok2 ke? Mitak cikgu geografi jawab.


Suasana pagi dengan kesan asap dari unggun api

Empangan yang dibuat oleh hubby dan biras2nya semalam

Si Danish lepas geram sebab dia tak tido dalam khemah... awal pagi bangun dah tak pakai baju...


Pukul 7.30am anak2 dah masuk sungai... kalua kat rumah punye liat nak suruh mandi pagi. Alasan sejuklah apa walau ada water heater, ni air sejuk cam dalam peti sejuk nak pulak dia orang mandi


Dania dengan perut buncitnye...hihihi. Rambut dia Mummy lepas potong, alah setakat potong 1-2 inci je, tu pun dah merengek2 tak nak...

Bila dah bangun pagi mestilah kena fikir pasal breakfast, tak kisahlah kat rumah sendiri ke kat kampung ke. Jomlah tengok apa kami makan pagi...


Ubi kayu ada sebiji lagi so Mummy bakar je dalam unggun api. Tengok la texture ubikayu tu nampak menghairahkan...dengan baunye yang sedap dan rentung2 kulit dia tu


Nasi lemak pun kita orang masak. Karipap tu recycle je.


Kuih bom Mama Miraki.... uols agak apa beza yang kanan dan kiri tu. Yang kiri saiz XXL tu kuih bom perasa vanilla hasil gorengan Mama Miraki yang belah kanan yang comel lote tu perasa capuchino buatan Mummy....hihihi. Rasanya dalam sejarah tak ada kut orang gi cuti2 siap buat kuih bom semua...


Daddy : Beli kat mana nasi lemak?
Mummy : Mana ada beli2 yang... kami masaklah. (Untung uols dapat isteri cam kita orang ni tau, pandai berdikari dan tak menyusahkan suami...hihihi)


Anak2 riang


Makan nasi lemak dalam air


Nampak sangat si Daniel ni mengantuk lagi...

Bila bapa2 dan anak2 dah siap breakfast barulah ibu2 boleh masuk sungai pulak. Jom layan...








Senyummmm


Quality time with the kids


Amir The Shampoo Boy


Family SPA... perkhidmatan mengurut, shampo dan cuci gigi disediakan...


Mandi makan mandi makan makan sambil mandi

Mummy suka tengok gambar ni...


 
Danny The Macho...

Time best berendam cepat la pulak jarum jam berjalan... nak kena check out kul 12pm. So kenalah kemas2kan barang2 dan letak kat luar. Daddy dan anak2 sambung mandi lagi.




Shasha & Ika











'Lembaga misteri' di sebelah Mama Miraki


Hihihi...Abang Wan rupanya yang jadi lembaga misteri

Akhirnya lembaga misteri berjaya dihalau...

Si Intan Payung

Jangan lah jeles ye, dah memang hobi kita orang ni bergambar...

Close-up sikit... baru nampak muka kami yang gebuzzzzzzzzzz ni...

Menyibuk la Dania ni, orang nak posing berdua je pun tak boleh

Anak bapak... Danish & Daddy

OK habis dah percutian budget kami. Yang pasti semua sangat enjoy terutamanya anak2. Anak2 dapat bercuti yang dekat2 pun dah ok yang penting dapat jumpa dengan sepupu sepapatnye. Berbaloi la Mummy beli khemah, sleeping bag dan portable dapor gas baru... percutian seterusnya telah dirancang, pendaftaran dibuka sekarang...hihih

3 comments:

  1. Gua tabik kat lu tiga orang isteri ni, walau di mana berada perut suami perlu dijaga dan diutamakan.....

    GEE..cuba ko tenguk betul2 gamba ko n kak kay..drumstik sape lebih ala2 fafau...pikir betul2 seblm bagi jawapan.

    ReplyDelete
  2. MJanet ... aku berdiri belah depan memang la nampak lagi besar, bukan takat peha je...

    ReplyDelete
  3. MamaJanet, drum stik mummy gee kalah Fafau punya, tu drumstik ayam belanda daa... ko ni pun Mek bagitu banyak gambar nak tengok, itu gak yang ko fokus ye...
    Haa.. cepat sapa nak join percutian kita orang akan datang....

    ReplyDelete