Thursday, May 5, 2011

Mangga of mangga


Sebakul mangga. Macam2 jenis mangga ada... harum manis, epal, telor dan ntah tak tau lagi. Semua ni fresh dari kebun... kebun Mummy yang ada kat nun di Negeri Perlis Indera Kayangan...Ada yang dah masak,masih mengkal dan ada yang memang muda lagi. Apa ek nak buat dengan mangga2 ni? Nak buat apa lagi, makan je la...tu pun tak tau ke Mummy? Actually mangga ni semua anak saudara Mummy si Arif yang bagi. Last weekend dia balik kampung wife dia kat Perlis. Pokok mangga keliling rumah semua tengah berbuah tak ada siapa nak makan pun.

Kerabu mangga spesial

Ini je yang Mummy sempat buat dengan mangga muda tu, 'kerabu mangga special'... kenapa special? Sebab Mummy letak udang goreng ngan kacang tumbuk yang banyak....Baki mangga muda tu Mummy nak kupas dan nak buat jeruk je la.... mai la datang rumah siapa nak makan mangga Perlis ni.


1 comment: