Tuesday, May 10, 2011

Ingatan dari anak-anak


Card dari Daniel..


Ibu engkaulah ibu sejati
Membelai, mengasuh dan menjagai diriku
Tanpamu aku penat dan lelah
Ibu dikaulah insan yang ku sayangi

Dikaulah yang ku hormati
Tanpamu siapalah diriku ini
Ibu sanggup kau meninggalkan aku, tanpa kuduga 
Menyahut panggilan Illahi
Ke mana lagi harus aku mengadu
Kerana syurga di bawah tapak kakimu..
... inilah sajak yang Danny baca masa pertandingan last week... Mummy sedih ni...

Saya takkan melukakan ibu.... huhuhu... sedihnya

Card dari Dania...


Saya sayang ibu sebab ibu saya pandai buat print gambar princess sebab itu saya sayang ibu saya...




Teringkat pulak card yang Danish bagi last yer dan dia tulis ""Saya sayang ibu sebap ibu saya pandai memasak lemak cili api sebap itu saya sayang ibu. Saya sayang ibu".

Macam2 perangai anak2 apa2 pun Mummy bersyukur anak2 yang selalu menghiburkan hati Mummay. Anak2 yang selau membuatkan rumah ni dah macam nursery. Mummy luv semua.



2 comments:

  1. Sungguhlah tulus dan mulus menyampaikan isi hati Dania, Daniel dan Danish. Macam baca majalah kanak-kanak apabila melihat kartun-kartun itu.

    Kalau besar nanti, akan jadi pakar seni bak Kang Bahreyn. Darah seni sentiasa mengalir di tubuhnya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu MS, walaupun card tu tak secantik dan semahal mana tapi sebab dibuat dengan daya usaha dan kretiviti mereka sendiri saya rasa card tu terlalu istimewa dan amat berharga sekali.

    ReplyDelete