Thursday, May 5, 2011

Hidangan klasik dari zaman-berzaman....

Panjangnya tajuk...hihihi

Assalammualaikum kakak2 dan makcik2 yang kat rumah tu. Apasal temenong depan pintu tu?  Tengah fikir nak masak apa ke? Kalau tak tau nak masak apa, Mummy cadangkan masak je cendawan cam Mummy masak petang semalam. Bukan cendawan tiram yer tapi Mummy gunakan cendawan kukur atau kulat sisir. Tapi orang kampung Mummy panggil jamur gereget.

Cendawan ni biasanya tumbuh kat batang2 kayu mati, kat tunggul2 pokok getah.. biasanya seminggu dua lepas hujan cendawan ni tumbuh dengan banyaknya. Tapi sekarang ni tak payah la nak susah2 pi kutip kat batang2 pokok getah, kat pasar2 banyak orang jual. Tapi kalau pasar korang tu kat JJ, Te*c9, K4 or pasaraya 'gergasi' tu rasanya confirm tak ada jual. Cuba pegi pasar borong, pasar malam or pasar tani, kalau bernasib baik sure akan jumpa.


Kalau nak tau ni la rupa cendawan yang tumbuh kat kat batang2 pokok mati ... gambar dari pakcik google

Lepas kutip tu make sure bersihkan betul2... takut ada yang termakan kulit batang kayu atau ulat la pulak...hahah.



Masa Mummy kecik2 dulu cendawan ni selalu kita orang tumis pedas2 je. Sekarang ni kadang2 Mummy buat masak lemak cili api dan tambah sikit dengan pucuk ubi. Yang pasti kena masak pedas2 guna cili padi dan ikan bilis yang banyak. Bahan2 rencah tu pulak hendaklah ditumbuk.... diulangi ye, ditumbuk dan bukan diblend guna blender tu. Ikan bilis tu tumbuk kasar2 je.

Cendawan yang Mummy masak semalam ni Mummy beli masa on d way balik dari Sg Congkak. Sepiring kecil RM 2. Mummy beli 5 piring, bila masak jadi semangkuk je.



Cendawan Tumis Pedas Meletopsss... walau uols tak tanya kan tapi nak bagitau gak, mangkuk bunga kangkung yang comel tu Mummy beli kat kedai apek kat 'Muo'. Sebiji RM4 je... menyesal la pulak sebab beli 5 biji je. Mama Janet pergi la terjah kedai apek tu, tengokkan kut ada benda2 menarik


Close-up sikit... tengok tu ikan bilis yang ditumbuk kasar2...


Lemak cili api cendawan pun sodap. Gambar dari blog ImpianIntan . Ada juga orang buat rendang cendawan ni dan goreng dengan telor pun ada.

7 comments:

  1. MasyaAllah sedapnyaaaa. Dah lamaaaaa teringin nak makan ni tp bukan senang nak dpt. Hish mujur tak mengidam kalo tak meleleh air liur anak. HAHA :D

    ReplyDelete
  2. menu yang sama untuk sehari dua nie....hasil mahsul pekan sari temerloh..cuma versi temerloh nie kecik2 sikit, dia dah jemur dulu, so nak masak kena rendam balik..kurang fresh sikit.

    ReplyDelete
  3. Ciare - memang sangat2 sedappppppp. Emmmm bukan ke u dalam fasa mengidam sekarang ni?

    Anonymous - musim2 hujan ni banyak cendawan tumbuh kat mana2

    ReplyDelete
  4. ya ampunnnnnnnnnn....mintak maaf ler, sbut je cendawan apa ekali pun aku siit pun x terliur, memang x msuk dlm menu aku spnjng hayat. cendawan tu kan ada bau, lebih2 g cndwan kukur, pastu cuba ko tenok dlm scope apa ada!

    ReplyDelete
  5. Cik ANONYMOUS, selera awak tu selalu menongkah arus, apa yang orang lain suka sume awak tak suka, pelik gak kan... tapi nak wat cam ne kan anak tekak masing2....
    Mummy gee, aku beli 3 piring aja ,dah bersih2kan tinggal sikit, aku masak lemak cili api dia orang sume suka....

    ReplyDelete
  6. Aku punya dah masak petang kita balik dr sg congkak gak. hubby dah pesan masak pedas2 tau...leta petai...wahhhhh siap letak petai pulak. so hasilny amemang mabeles.....tumis kena letak minyak banyak sikit...lepas tu bahan2 memang kena tumbuk...bukan blend.....letak belacan sikit...ikan bilis..memang malatoppppp

    ReplyDelete
  7. i like... this cendawan masak lomak cili api...

    ReplyDelete