Wednesday, May 4, 2011

Lepat labu lagi...

Ini resepi lepat labu untuk kawan Mummy yang beria2 nak tau. Actually Mummy banyak tengok resepi on9 pas tu Mummy modify ikut versi Mummy la pulak. Kuih2 tradisional ni Mummy rasa tak ada resepi yang standard, kena pandai buat anggaran dan main agak2 je. Untuk kawan Mummy, nak ambik resepi ni dan kalau dah buat tu bagi Mummy rasa...heheh 


Resepi Talam Labu Mummy Gee (Versi Rajin)

3 cawan labu yang telah dilenyek (labu tu kukus dulu)
1 cawan tepong beras
1 cawan tepong gandum
1/2 cawan gula
1 st garam

1/2 biji kelapa parut

Cara nak buat:
  1. Kukus labu dan lenyek2kan dia
  2. Gaul ke semua bahan di atas (kecuali kelapa)..hingga sebati.... 
  3. Kalau rajin kelapa parut + gula merah dan jadikan inti. Kalau malas gaul je kelapa tu dengan bahan2 yang lain
  4. Ambik daun pisang yang dah dilayur (kalau tak dilayur pecah nanti bungkusan kuih). Ambik sesudu adunan dan letakkan inti ditengah2nya. Ambik lagi sesudu adunan dan tutup inti. Bungkus kemas2.
  5. Kalau bungkus comel2 cam kat atas tu, boleh dapat dalam 20-25 keping lepat labu. Kalau tak habis bagilah kat si Kiah ke Bedah tu.
  6. Kukus dalam 15 minit... tapi kalau api gas korang menyala kecik cam api mancis rebus lah 15 jam pun belum tau masak
Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment