Saturday, May 7, 2011

Apam gula merah



Sempena hari ibu esok, Mummy tetiba teringin nak makan apam gula merah yang emak Mummy selalu buat masa Mummy kecik2 dulu. Selalunya emak baut apam ni untuk sarapan. 

Bila emak suruh pegi kedai beli ibu roti kat kedai Atan semua dah rasa seronok. Dulu Mummy tak panggil ibu roti pun tapi Mummy panggil ubat apam. Sebelum tidor emak akan bancuh dulu adunan ni. Rasa seronok sangat bila nampak emak ambik besin dan tepong nak buat apam ni... seronok sebab pagi esoknya sure breakfast apam, kalau tidak asyik makan ubi rebus je. Kira apam ni consider makanan mewah masa Mummy kecik. Bila gula merah tak ada, emak buat apam warna putih je. Bila dah cicah makan dengan kelapa parut, memang rasa sedap betul...

Nostalgia kan.... rindu lah pulak kat emakkkkkk

Sila la makan ye... Emak dulu buat guna loyang je senang. Tak de la nak mengada2 cam Mummy ni guna acuan lompang yang comel2 ni... hihihi

Abaikan tangan gebu yang memegang apam ni ye...

Kalau ada yang nak cuba buat apam ni, nak ambik resepi sempoi ni.

Bahan-bahan:
500gm tepong gandum
1 packet ibu roti (Mummy guna mauripan 11gm) + 1/2 cawan air sejuk
2 cawan air
1 cawan gula merah (+ dengan secawan air panas dan tapis... kekadang gula merah ni cam berpasir tu yang nak kena tapis)
1/2 cawan gula pasir
1/2 biji kelapa parut (kalau dapat yang muda lagi best)

Cara2nya:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Tak yang nak guna whisk ke apa, guna je tangan.
  2. Biarkan selama sejam - untuk mengembang. Pasikan bekas yang digunakan cukup besar untuk menampung adunan yang mengembang. Selalunya adunan akan mengembang dua kali ganda dari asal.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak didasarnya
  4. Kukus selama 20-30 minit. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dulu.
  5. Siapppppppp dah
Selamat mencuba...

1 comment:

  1. bab apam ni memang nostalgia, dulu kalau mak bagi duit belanja 20 untuk kongsi 3 orang, sorang 5sen le, baki yang 5 sen tu aku mesti belikan apam, senang aku nak bagi 3, lagi pun apam besar sikit. kekandang teringin nak beli karipap,tapi cam ne nak bagi 3 berterabur le intinya....sedih bila teringat...

    ReplyDelete