Tuesday, May 3, 2011

Family Time - Part I

Long weekend sempenan cuti hari pekerja, apa uols buat? Mesti ramai yang balik ke kampung kan. Bestnya balik kampung. Tapi cuti kali ni Mummy tak balik mana2 kampung pun, lagi pun next week dah nak balik kampung Daddy sebab adik ipar Mummy bertunang. Insyallah cuti sekolah nanti Mummy balik ke kampung 83500.

Hari Sabtu, lepak2 kat rumah je. Lagi pun bibik ikut adik ipar Mummy balik kampung. Hari Ahad dah janji ngan Mama Miraki dan Kak Kay untuk gi mandi-manda kat Sg Thames Congkak. Anak2 dari minggu lepas dah tak sabar2 nak gi camping dan mandi sungai ni. Mummy pun dah belikan khemah untuk dia orang.

Sebahagian barang2 yang Mummy bawak... tu yang muat letak kat belakang, yang atas seat dan bawah kaki lain..hehhe. Mengalahkan orang nak camping berbulan2...


Tuan punye blog dan pasangan... sebelum bertolak


 
Anak2 yang dah tak sabar...

On the way ke Sg Congkak kami singgah kat Air Panas Dusun Tua. Bukan nak mandi pu


Cam takut2 je Daddy nak rendam kaki tu...


 
Masing2 takut nak jejakkan kaki ke dalam kolam.... panas betulll (mummy sentuh sikit je...heheh)


Muka tension Danish... merengek2 dia suruh Daddy cepat2 gi Sg Congkak sebab tak sabar nak mandi sungai


Lepak bagus je Daddy

Mummy sampai dalam pukul 12.15am, kunci chalet tak boleh ambik lagi sebab chalet tengah dicuci. Kak Kay tak sampailagi sebab pegi kenduri kahwin dulu dan Mama Miraki stil lon the way. Anak2 nampak sungai je rasa nak terjun je. Dari entrance ke kawasan chalet boleh tahan jauhnya, kalau jalan kaki memang semput la...hehhe. Kat Sg Congkak ni kalau kita sewa chalet je baru boleh bawak kenderaan ke dalam kalau tak kena parking kat luar dan menapak ke dalam la.


Kami sewa 2 chalet, chalet comel ni ada dua bilik dan ruang tamu yang agak luas. Setakat kami 3 family ni sepatutnya 1 chalet ni dah cukup.


Sementara tunggu gang bas sekolah yang lain2 sampai, Mummy snap2 pemandangan sekeliling dulu


Sungai ni betul2 depan chalet je, tak perlu nak turun bukit naik bukit untuk mansi cam chalet yang pernah kami sewa dulu


Jernih betul air dia dan sejukkkkkkkkkkk

Anak2 tak sanggup nak tunggu sepupu2 sampai lagi.. terus je terjun.


Daddy dah mulakan tugas cari kayu2 untuk buat unggun api dan halau nyamuk

Mama Miraki sampai pukul 1.30pm dan Kak Kay sampai kul 2.00 pm. Bila Kak Kay sampai baru boleh masuk chalet. Kami kaum ibu ni sibuk le mengemas barang2 yang dibawa.

Sebahagian bahan2 untuk menambahkan kolesterol dan lemak2 dibadan...hahahha


Mummy bawak sambal sotong, ayam rendang pedas dan ayam masak lemak cili api


Kak Kay bawak ikan masak lemak + nenas, ikangoreng dan ulaman2 serta sambal belacan.... budu pun KakKay

Gulai kari umbut kelapa +ayam dan daging black pepper Mama Miraki. Wah hilang dah mengidam Mummy nak makan umbut kelapa....

Lepat labu tu Mummy buat sebab ada orang 'mengidam' nak makan. Kak Kay sempat lagi buat order karipap dankoci pulut hitam

Daddy dan hubby Mama Miraki gigih memasang khemah...

Jemputlah masuk yer....

Lagi bahan2 untuk menambahkan uric acid di badan... heheh... hot item adalah sotong ye... sekejap je dah licin 

 
Shasha, Ika & Dania

Ntah apa2 aksi Kak Kay ni... air masuk dalam telinga ke?

Seronok lah budak2 ni kejap mandi kejap naik makan pas tu mandi lagi, naik makan lagi

Makcik air sirap 2 teh tarik 3 yer...

Mama Miraki, Kak Kak ... sari tadi asyik kita sibuk dengan makanan je, jomlah kita terjun sungai...

Best ... sejukkkk. Daddy kat belakan gtu tengah gigih mengangkat batu nak buat empangan...

Naik teleng kepala Mummy tengok gambar Miraki ni...

Cam mengada2 je kan, minum ngan makan pun nak kat sungai

3 dara pingitan mak dara

Wah seksinye ini orang.... heheh

to be continued....

2 comments:

  1. Gee, sapa baca blog ko ni mesti rasa rugi tak join samakan.....menikmati keindahan alam semula jadi, kesegaran air sungai yang jernih, bekalan makanan yang pelbagai.... pendekata memang percutian yang simple tapi best la....

    ReplyDelete
  2. pendek yang kata cik lah panjang x kata apa2 pun

    ReplyDelete