Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Resepi turun temurun

Hari ni nak share satu resepi masakan turun temurun yang selalu Mummy masak. Dulu2 emak selalu masak lauk ni. Masak lemak pedas ikan parang dan nenas. Ikan lain tak boleh ke? Kalau nak boleh je tapi dah emak dulu masak guna ikan tenggiri so sampai sekarang Mummy dan adik beradik Mummy yang lain masak guna ikan tenggiri. Abang Mummy Wong Khoo Lai suka sangat2 lauk ni. Kalau dia datang rumah tak perlu masak sayur2 moden ke ikan 4-5 rasa, masak ni je pun dah ok. Betul tak cikgu....

Bahan-bahan:
- Ikan parang (ikutlah banyak mana nak)
- bawang merah
- bawang putih
- cili  api (nak pedas letaklak banyak2)
- nenas (potong menyerong ye)

Ikan parang digoreng dahulu


Potongkan bawang merah, bawang putih dan ciliapi. Masakkan ni kena pedas2 baru sedap. Tapi kalau uols tak tahan pedas guna la cili masak je tapi tak berapa kaw la.


Tumiskan sampai garing


Masukkan nenas... pastikan nenas tu dipotong serong cam Mummy buat tu. jangan potong bulat2 cam nak buat pajeri pulak


Bila nenas dah layu masukkan santan. Masakkan ni kena pekat2 sikit ye. Tak perlu letak kunyit ye. 


Masukkan ikan yang dah digoreng  tadi, tunggu sehingga santan mendidih.

Ok dah siap...


Close-up sikit...

Monday, June 13, 2011

Opor Sotong

Morning semua.... la apasal pagi2 dah monyok je tu, ya Allah buruk betul le kalau muncing dah panjang sedepa... Apa sal?  Laaaa punch card merah rupanya.... hihihi... kesian..kesian... Tapi uols ni pun sata macam le tak biasa ngan suasa kat KL ni klu hari Isnin dan first day lepas cuti sekolah sure jalan2 akan jam semua, apasal tak keluar awal sikit.... hehehe... Disebabkan Mummy tak nak menempuh jam (kekadang je jln nak ke opis Mummy tu jam) so hari ni Mummy dah set appointment dengan customer nak jumpa pukul 9am, so dari rumah Mumm nak ke opis customer ni memang line clear la...heehhe.... bijak2...

Oklah utk ibu2 kat rumah tu... hari ni kenalah masal awal sikit, anak2 yang sekolah sebelah petang akan pergi awal takut nanti dia orang tak sempat nak makan pulak.

Apa kata hari ni uols try masak sotong opor ni. Mummy masak sotong opor ni semalam. Resepi ambik kat blog Mat Gebu dan Mat Gebu ambil dari blog Sinar Kehidupanku

Rugi kalau tak cuba... memang sedap

So tengahari ni Mummy cuma makan opor sotong ni dengan nasi panas2... lauk lain semua tolak tepi. Masak opor ni rasa camana? Emmm ada rasa cam rendang sikit... tapi memang sedap la....

Thursday, May 5, 2011

Pumpkin Choc Muffin

Cerita labu lagi kali ni. Mummy ni tak habis2 dengan labu kan... hihi. Nak buat camana Sabtu lepas Mummy beli labu yang agak besar. Nak beli yang kecik tak ada so beli gak la. Sabtu tu dah buat lepat labu guna sepertiga labu je, so daripada labu tu kering dalam peti sejuk Mummy buat lah muffin malam ni. Ada baki suku lagi mungkin buat pengat labu la pulak hujung minggu ni... waaaa tengok tu weekend lambat lagi tapi Mummy dah plan pasal makan je.. camanalah badan tak tembun cam labu yer...huhuhu

Tengok tu cantik je naik muffin ni 

Gebu tak?

Tengok muffin ni... menghairahkan uols tak? Heheh... nampakkan moist je muffin ni.

Kalau ada yang cam nak buat muffin ni nah Mummy bagi resepi dia... sukatan resepi senang je sebab gunakan cawan je. Tak perlu nak timbang2.

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum/self raising flour*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan labu (perah sedikit airnya)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan choc chip (tak nak letak pun tak apa)
CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur
3. Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
4. Masukkan labu parut, kelapa kering dan choc chip. Gaul rata gunakan spatula.
5. Tuang dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba...

Tuesday, November 23, 2010

Kek Pelangi Petang

Kek Pelangi Petang

Petang Jumaat lepas Mummy sempat buat kek pelangi petang atas permintaan kakak Mummy yang duduk nun kat JB tu. kebetulan petang tu Mummy nak ke JB so bersilat sekejap la kat dapor buat kek ini. Kali ni Mummy ambil resepi dari rumah Leen @ Home . Resepi asal Chef Noraini~ dari buku Kompilasi Hidangan Kek. Mummy dah buat banyak kali kek pelangi tapi resepi kek kali ini memang sangat sedap dan sangat moist. Mama Miraki kata memang kek ini rasa dia lain dari yang Mummy pernah buat sebelum2 ni, sempat mintak resepi lagi tu, ntah bilanye dia nak buat, kita tunggu je la... hehhe... Untuk Mama Miraki dan sesiapa yang nak try buat kek ni nah Mummy letak resepi kat sini. Izin utk cnp ye Leen & Chef Noraini.


Bahan:-
• 220g tpg kek *
• 250g mentega
• 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama) - Mummy lupa nak letak
• 200 gm gula kastor
• 4 biji telur gred A - Mummy guna telor gred B 5
• 5 s/b air susu (Mummy guna susu cair)
• 1 s/k esen vanila
• 1 sudu besar gliserin (ni kita tambah sdri)
• sedikit pewarna merah, hijau dan kuning (kita guna hijau,pink & kuning)

Cara-Caranya :-
1.Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c. (Mummy guna acuan persegi 8")
2.Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
4.Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
5.Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
6.Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
7.Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam (*Mummy bakar pd suhu 175C selama 45 minit jek)
Sedia untuk dibakar...

Cantik je naik kek ni...

Dah dikeluarkan dari loyang dan sedia untuk dipotong...

Cantikan lapisan2 pelangi ni...


Petang2 cam ni makan kek pelangi petang sepotong dua ngan teh-o sedap gak kan...