Tuesday, November 23, 2010

Kek Pelangi Petang

Kek Pelangi Petang

Petang Jumaat lepas Mummy sempat buat kek pelangi petang atas permintaan kakak Mummy yang duduk nun kat JB tu. kebetulan petang tu Mummy nak ke JB so bersilat sekejap la kat dapor buat kek ini. Kali ni Mummy ambil resepi dari rumah Leen @ Home . Resepi asal Chef Noraini~ dari buku Kompilasi Hidangan Kek. Mummy dah buat banyak kali kek pelangi tapi resepi kek kali ini memang sangat sedap dan sangat moist. Mama Miraki kata memang kek ini rasa dia lain dari yang Mummy pernah buat sebelum2 ni, sempat mintak resepi lagi tu, ntah bilanye dia nak buat, kita tunggu je la... hehhe... Untuk Mama Miraki dan sesiapa yang nak try buat kek ni nah Mummy letak resepi kat sini. Izin utk cnp ye Leen & Chef Noraini.


Bahan:-
• 220g tpg kek *
• 250g mentega
• 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama) - Mummy lupa nak letak
• 200 gm gula kastor
• 4 biji telur gred A - Mummy guna telor gred B 5
• 5 s/b air susu (Mummy guna susu cair)
• 1 s/k esen vanila
• 1 sudu besar gliserin (ni kita tambah sdri)
• sedikit pewarna merah, hijau dan kuning (kita guna hijau,pink & kuning)

Cara-Caranya :-
1.Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c. (Mummy guna acuan persegi 8")
2.Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
4.Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
5.Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
6.Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
7.Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam (*Mummy bakar pd suhu 175C selama 45 minit jek)
Sedia untuk dibakar...

Cantik je naik kek ni...

Dah dikeluarkan dari loyang dan sedia untuk dipotong...

Cantikan lapisan2 pelangi ni...


Petang2 cam ni makan kek pelangi petang sepotong dua ngan teh-o sedap gak kan...

5 comments:

  1. Lupa nak singgahkan kat Kulaijaya sepotong ye? Tak pe la aku nyanyi je lagu "Pelangi Petang" nyanyian Sudirman.

    ReplyDelete
  2. Bahreyn - Sampai kat Mutiara Hill Park ... pelangi petang terus hilang dari pandangan sebab dah selamat masuk dalma perut... hehe

    ReplyDelete
  3. aku dah beli tepung naik sendiri Blue Key lah....boleh kan.....nanti nakbaut ler ni...pewarna pulak tak ada kat rumah...alahai susahnya...ko ajelah buatkan...hehehe

    ReplyDelete
  4. mmg mabeles kek tu..semalam balik kerja terus ngap ngan air masak pun ok jea....
    akak sukaaaaaaaaaa....biler nak buatkan lagi...hihi..

    ReplyDelete
  5. Memang benar-benar mables! Pelangi petang elok dimakan ketika cuaca mendung, kerana ia akan mememeriahkan suasana.

    ReplyDelete