Saturday, March 19, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part VIII)

Masa kat Madinah kami dibawa ke banyak tempat2 bersejarah. Dan untuk ziarah tambahan (kena bayar 20 SAR rasanya la.. lupa) kami pergi ke Lapangan Magnet dan kilang percetakan Al-Quran. Lapangan magnet ni adalah penemuan baru dalam 7 tahun yang lepas.

Lapangan magnet  ni sepanjang lebih kurang 5 km sebelum berakhir di jalan mati. Di jalan mati ni dikelilingi lima deret bukit. Tour guide dan mutawif inform ada kemungkinan kamera atau handphone tak berfungsi di kawasan lapangan magnet ni.Jalan nak ke sini memang turun naik. Di lapangan magnet kami mengalami sendiri macamana bas yang tidak dipasang enjin dan gear kosong boleh bergerak perlahan dengan sendiri. Macam tak percaya kan? Kami semua pada asalnya pun tak percaya, kami kata pada tour guide dan mutawif mungkin sebab jalan rata dan menurun bukit sebab tu bas boleh jalan sendiri.

Masa perjalanan pergi dan demo pertama tu memang ramai yang tak berapa percaya temasuklah Mummy, ya la cam movie kat tv je la pulak. Dalam perjalanan balik demo diadakan sekali lagi, kali ini memang membuatkan semua orang sedar bertapa besar kuasa Allah. Bas yang kami naiki bergerak laju dan ada ketikanya sehingga mencecah 100km/jam. Driver memang angkat kaki dari pedal minyak dan engin memang dimatikan dan gear kat 0. Dan bila dah melepasi lapangan magnet ni bas semakin perlahan dan akhirnya berhenti sendiri. Masyallah sungguh besar kuasaNya.... bas ni bergerak dengan kuasa tarikan magnet di kawasan berkenaan.  Kalau uol tak percaya pergi ke pergi ke youtube dan search 'Magnetic Field Medina'. Sampai sekarang ramai saintis yang datang untuk mengkaji suasana ini.




Di Lapangan Magnet ... Datuk Shafie, Datin Solehah, Kak Noriah, Abg Ismail, Abi, Irwan, Daddy, Mummy, Nora, Farah & Azrul

Dari Lapangan Magnet kami ke kilang percetakan Al-Quran. Tapi sedih la sebab orang pompuan tak dibenarkan masuk ke dalam kawasan percetakan ni. So masa orang2 lelaki masuk ke dalam kilang, orang pompuan tunggu kat kedai jual Al-Quran.


Kilang percetakan Al-Quran.

5 comments:

  1. Subhanallah..... kat lapangan magnet tu memang semula jadi ada ke atau dipasang ngan magnet kawasan tu..

    ReplyDelete
  2. Kak Kay - memang kawasan tu semuajadi cam tu...memang menakjubkan

    ReplyDelete
  3. kenapa pompuan tak leh masuk milang percetakkan al-quran tu

    ReplyDelete
  4. MamaMiraki - kita orang tanya gak kat mutawif tu tapi mutawif tu buat lawak pulak, dia kata klu pompuan dibenarkan masuk nanti banyak quran kena reject salah cetak sebab pekerja lelaki semua terleka.... hehehhe

    ReplyDelete