Thursday, March 31, 2011

Balik kg ... sekejap je!

Semalam Mummy adik beradik balik kampung atas satu urusan seri paduka baginda.... walau sekejap je balik tapi best sebab dapat jengok rumah kampung sekejap dan dapat jumpa semua adik beradik. Seawal 6.45am kami dah bertolak balik... Datin S, Kak Mah, Kak Kay, Mama Miraki semua Mummy sumbat dalam Naza... Singgah Sg Mati kejap amik Mama Janet.

Sampai BP dalam kul 10am. Tapi as usual le... kul 10am kat gomen opis, depa gi breakfast (dibaca MASAK breakfast)... kenala tunggu lagi... kul 11.30 am baru urusan selesai.

Cikgu besar sampai terlelap2 menunggu...

Selepas urusan selesai kami isi tank makan basi briyani Mat Shah... emmm tapi kenapa ek nasi dia tak tak berapa sedap cam dulu2... cam kiciwa gak le... Mummy rasa sekarang ni nasi briyani kat Restoran Anje Sek 15 BBangi memang lagi melotups...

Lepas tu singgah pulak membeli memborong kerepek2 ... masing2 lupa daratan nampak kerepek yang berbagai...



Dia orang je beli, Mummy tak de beli pun setakat amik gambar.... tengok Mummy pegang camera je takde pun sibuk pegang bakul


Lan ... anak saudara Mummy yang pertama ni...


Rambang mata dia orang ni...


Pilih kak jangan tak pilih


Tengok tu Mama Miraki, ini nak makan ke nak jual kerepek kat KL. Mummy tolong angkatkan bakul dia je... hehe


Usahawan Melayu yang berjaya... bila sembang2 rupanya dia ni sepupu Makcik Mummy...heheh.. keciknye dunia


Kak Kay umpama burung dalam sangkar terlepas dari sangkar...


Kerepek pisang tanduk, kerepek pisang abu, kerepek ubi pedas, kerepek keladi, rempeyek kacang dal ... tu je yg Mummy beli...sikit kan...

Lepas sangkut kat kilang kerepek baru le kami singgah ke rumah pusaka... dah 3 bulan dah tak balik kampung rupanya... Cuaca panas terik betul dan elektrik kat rumah ni ada masalah pulak.

Bro dari TNB dtang ke rumah untuk cek masalah elektrik kat rumah....

Mummy bila balik kampung biasalah buat lawatan tapak, pusing keliling rumah, manalah tau ada nagka masak ke, manggis dah buah ker....


Misteri tiang tergantung... heheh. Tengoklah tiang belah kiri tu teranjak dari batualas dai. Nak kena panggil Uncle Seekers ni...


 
Pokok pisang yang sentiasa berganti anak2. Pokok asal yang abah tinggalkan lebih dari 7 tahun. Bunga kertas tu pulak sentiasa bunga je, tak  letak baja pun bunga melambak2. Mummy lupa betul nak ambik daun pisang tu, klau tak weekend ni bolehlah melepat...

 
Tempat bakar BBQ dan pondok kecil... akan digunankan semasa raya nanti


 
As usual mesti ada gambar syok sendiri


Jaga2 tembok ni nak runtuh...


Cam gambar raya la pulak....


Kak Kay & Kak Long




Mummy & Mama Janet




Datin S dan Kak Long


Mummy & Datin S


Korang rasa tangan gebu siapa ni? Siapa lagi kalau bukan YB Bkt Mutira, org yang selalu jadi kawan Mummy orang terakhir meninggalkan rumah. Ruang yang suram... pintu2 bilik semua tertutup rapat.


Sempat lagi Mummy snap almari antik ni... emm bilalah Mummy nak hantar repair dan angkut bawak balik...hehehhe

Kul 3.30pm baru bergerak balik ke KL tapi kenalah banyak persinggahan... hihih

Persinggahan pertama... kedai apek kat Muar... hihih... Dapatlah teko bunga kangkung 3 ketul, mangkuk kuah 4 ketul dan mangkuk lompang 5 ketul

 
Persinggahan kedua...mee bandung ini sangat2 sedap tapi ada 2 benda yang boleh diperbaiki ... mee kunig tu kena celor lama sikit dan letak le tauhu basah barulah lagi meletops...


 
Suasana business class dalam MH5747



3 comments:

  1. kalau rosyam nor nampak bawah kolong rumah kita kompom dia buat drama MISTERI TIANG TERGANTUNG.

    ReplyDelete
  2. Tiang tergantung tu tempat hantu mak limah lepak lepas letih mengerjakan korang....

    ReplyDelete
  3. Gee= ye aku ibarat burung terlepas dari sangkar, tapi burung yang aku bela tetap ada dalam sangkar sebab dia burung yang jinak dan manja...

    ReplyDelete