Monday, March 14, 2011

Al-fatehah...

Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Makcik Ramlah. Makcik Ramlah adalah salah seorang dari 28 ahli rombongan umrah ziarah yang Mummy sertai. Beliau telah kembali kepada penciptaNya pada 12/03/2011, sehari selepas kembali ke tanahair dari mengerjakan umrah. Semoga roh Makcik Ramlah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan umrahnya diterima Allah.

Sedikit flashback tentang Makcik Ramlah, dalam flight semasa dalam perjalanan Jeddah-KL, Makcik Ramlah duduk sebelah kiri Mummy. Suami Makcik Ramlah duduk dua baris di belakang. Sepanjang perjalanan Makcik Ramlah tidor je. Bila time makan Mummy gerakkan dia dan tanya dia nak makan apa. Masa tu Mummy dapat rasa tangan dia hangat so bila Mummy rasa dahi dia panas betul, rupanya demam dia tak kebah lagi, dua hari terakhir di Mekah memang dia demam. Nak di bawa ke klinik pun dia tak nak, dia makan ubat je, so Mummy ingat dia dah ok.

Waktu makan tu pun dia tak makan apa, setakat minum sikit. Selepas tu dia tidor semula. Mummy tanya dia kenapa? Dia kata dia ngantuk sangat dan nak tidor. Dia suruh panggilkan suami dia. Bila suami dia datang dia mintak urutkan belakang dia. Daddy pindah duduk belakang biar suami Makcik Ramlah dapat duduk sebelah dia. Mummy ambil minyak kapak dan sapu ke kepala dan picit kepala dia. Badan dia sangat2 panas, lepas tu stewardess datang bila tengok ramai ahli2 rombongan tengok keadaan Makcik Ramlah. Dia buat announcement kut2 ada doctor onboard. Alhamdulillah ada seorang dr dalam flight tu.

So lepas tuam dengan ais dan bagi makan ubat dan minum dia nampak lega sikit. Dia kata dah ok, kemudian dia sambung tidur.Kejap dia bersandar kejap dia menunduk2... Mummy tak tau nak buat apa so cuma tolong picit2 tangan dan kepala dia je. Masa nak sampai KLIA tu Makcik Ramlah kata terima kasih dan mintak maaf sebab dah susahkan semua orang.Masa nak jalan ke wheelchair pun dia dah tak larat, so Mummy dan suami Makcik Ramlah bantu pegang kanan kiri. Selepas tu Mummy tak jumpa dah dengan Makcik Ramlah.

Mummy marah Daddy bila dia cakap kat Mummy dia kata Makcik Ramlah tu rasanya macam dah tak lama. Rupa2nya betul jangkaan Daddy.

Jumaat malam Sabtu, Mummy dapat SMS dari Nurul @ Kak Ngan (ahli rombongan umrah juga) yang Makcik Ramlah baru je meninggal di Hospital Ipoh. Al-Fatehah untuk Makcik Ramlah. Semoga suami dan ahli keluarganya tabah dengan ujian Allah ini. Amin.

Gambar2 kenangan Makcik Ramlah semasa di Istanbul, Madinah & Mekah.

Makcik Ramlah (dua dari kanan), menunggu giliran di Raudhah

Makcik Ramlah (dua dari kanan bertudung putih) semasa di Istanbul

Makcik Ramlah (kiri sekali) sedang berdoa selepat solat di belakang Makam Nabi Ibrahim * . Semoga yang didoakan dimakbulkan Allah.

* Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

4 comments:

  1. Ya betul itu bukan kubur tp makam nabi Ibrahim.....stiap kali lpas tawaf aku akan pnjgnkan leher menjengok tapak kaki Ibrahim.....pasti pak arab 2 akan kata "Hajah....hajah.....tawaf...tawaf" w/pun dh siap tawaf....nostalgia 20 th yg lalu...harap2 satu hari nnti aku dpr ke sana lagi....Amin

    ReplyDelete
  2. Al fatihah untuk arwah Mak cik Ramlah.

    ReplyDelete
  3. dari Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali. walaupun aku tak kenal dan tak pernah jumpa mak cik Ramlah tu tapi bila baca blog ni terasa cam sedih lak...

    ReplyDelete