Wednesday, March 23, 2011

3 Dara Pingitan


Kartun 3 dara pingitan karya Cabai ... mesti uols pernah baca, kisah Awa, Noi dan Esah dan  seorang jejaka rebutan si Jai.... waaa best tau kartun ni kenapa dihentikan yer....

N3 ni bukan nak cerita pasal 3 dara pingitan si Esah, Awa dan Noi la... tapikan tentang 3 dara pingitan kecil... heheh.... Dania dan kawan2nya. Dania ni ada 2 orang best friend kat kawasan perumahan ni, sorang nama Sharifah apa ntah panjang sangat so semua panggil dia Kak Chik dan sorang lagi si Sara jiran sebelah depan rumah. Dia orang ni memang pantang kalau cuti sekolah mesti berrkumpul dan main sama2. Tak kisah le main kat playground or kat depan rumah or dalam rumah.

Walaupun Kak Chik dan Sara dah masuk darjah satu dan Dania baru 6 tahun tapi rasanya dari segi saiz si Dania yang 'terlebih' besar la pulak... hehehe

Dania, Sara & Kak Chik.... masa bday Sara last Sunday. Seronoklah dia orang ada magician tolong buatkan belon bagai bentuk...

Makan pun nak sama2

Dan makan pun nak benda yang sama gak...

Anak dara kecik yang perasan nak jadi princess ala2 cinderella.... hahah

2 comments:

  1. antara 3 budak pinggitan ni agak2 sape dipinang orang dulu...

    ReplyDelete
  2. Anak dara kecik tu sama betul wajahnya dengan ibunya

    ReplyDelete