Tuesday, March 15, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part I)

Assalammualaikum ... n3 kali ni dan yang berikutnya adalah n3 yang agak terlewat... banyak kerja yang nak kena settled kan selepas cuti dua minggu lebih ni. Uols tau kan Mummy & Daddy pergi umrah dan ziarah dari 25/2/2011 - 11/3/2011. So n3 ni memang akan penuh dengan gambar2 kami ... kalau agak2 bosan tu click je tanda "X" kat belah atas tu...


Mummy dihantar oleh Datuk T dan Datin S ke KLIA, anak2 semua tinggal kat rumah je. Memang sedih la nak tinggalkan 4 orang anak dengan bibik je. Nasib baik Mak Su dia orang sanggup temankan. Mummy bertolak 25/2/2011 dengan Saudi Air, seinggah 45 minit di Riyard dan terus ke Jeddah. Transit di Jeddah 12 jam dan terus ke Istanbul. 4 hari 3 malam di Istanbul terus ke Madinah dan 4 hari 3 malam di Madinah terus ke Mekah sampai la balik. Ketiga2 tempat yang Mummy pergi tu memang ada keistimewaan dan kelebihan masing2.


Dari Madinah, rombongan Mummy sampai ke Mekah almost tengah malam, lepas check-in hotel terus dibawa ke Masjidil Haram untuk umrah yang pertama. Kalau ikut dalam  pakej, pihak Andalusia akan bawa  jemaah untuk buat 3x umrah saja tapi dia bawak 4x. Merasalah kami miqat di tempat yang berlainan ... Biir Ali, Tan'aim, Ja'ronah dan Hudaibiah. Sesiapa yang nak buat lagi boleh pergi ke tanah halal untuk miqat naik bas or van sendiri. Nak dekat pergi je ke Tan'aim, naik bas baru 2 rial kalau van 10 rial.


Sepanjang di Mekah, kami tinggal di Alhijaz Palace Hotel.Hotel 12 tingkat yang sentiasa penuh dengan jemaah...

Dari tingkap bilik hotel Mummy menghadap terus ke pintu King Abdul Aziz Masjidil Haram ... distance dati hotel ke masjid dalam 300-400 m je ... jalan dalam 5 minit

Masjidil Haram yang terang benderang diwaktu malam... sentiasa penuh dengan jemaah

Bersama2 ahli rombongan sebelum masuk Masjidil Haram

 
Di pintu masuk Masjidil Haram - Pintu 1 King Abdul Aziz...

Lautan manusia mengelilingi kaabah

 
Bersyukur sangat2 bila nampak kaabah di depan mata. Perasaan yang sangat sukar digambarkan, rasa macam tak percaya pulak.

Selepas umrah pertama dan kedua mengikut panduan dan tunjuk ajar mutawif, umrah seterusnya Mummy & Daddy dah rasa sedikit confident untuk melakukannya sendiri. Dapat melakukan umrah pada waktu yang berlainan tengah malam, tengahari & petang.

Dapat solat di belakang Makam Ibrahim. Tak de rezeki untuk solat di Hijir Ismail.

 
Dah selesai tawaf

Deretan tong berisi air zamzam

Isi tank dgn air zamzam sebelum buat sai

Laluan nak ke tempat sai

Safa - Marwah ... Mummy bayangkan masa sai ni akan melalui laluan berbatu dan berpasir dari bukit Safa ke Marwah. Rupa2nya kawasan sai berada dalam bangunan beraircond hanya tinggal sedikit saja kawasan batu berbukit2 di hujung laluan Safa-Marwah.

Masa untuk bertahlul...

Bersambung Part II...

4 comments:

  1. Zaman aku g dgn arwah mak n abah ya tmpt tuk sa'e dh bertile kilat n beraircon th 1990, inikan pulak 2011, tp dulu bkas air zam2 2 dia x ltak berderet, dia ltak stiap tiang satu bekas d spanjang laluan sa'ie, warna merah gitu. Bukitnya cuma tinggal sikit je wt lambang. Pintu 1 tu dulu di pnggil(Babu Salam), snang skrng dh brnombor bagi org yg x knal jawi. Nape x de rezeki nk silat kt Hijir ismail,nmpak cam lengang je kt Makam Ibrahim

    ReplyDelete
  2. aku tengok gambar2 tu, aku bayangkan aku ada kat situ.... mudah2an akan tiba masanya aku sampai kesitu... amin..

    ReplyDelete
  3. SALAM K.GEE..ADD LA K.NGAH DEKT FB

    ReplyDelete