Tuesday, March 15, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part III)

Mummy & Daddy ikut ziarah tambahan ke Gua Hira'. Ziarah ni tak termasuk di dalam pakej so sesiapa nak join dikenakan charge 30 SAR. Daripada 28 group rombongan kami 23 orang turut serta, tinggal yang warga emas je tak ikut.


Bila ingat semula perjalanan ke Gua Hira' huhu macam nak tercabut nyawa sekejap.... kami ke Gua Hira' ni dalam kul 9.30 malam, ya la mana sanggup nak panjat bukit2 tu tengahari buta kan, tapi bila malam ni transport susah le sikit, jenuh gak menunggu van yang nak bawak kami ke kaki bukit, tunggu punya tunggu punye tunggu akhirnya dapatlah sebiji van yang sanggup hantar. Bayangkan yer sebiji van, bukan sebiji coaster or mini bus yer tapi disumbat sampai 23 orang + 1 driver. Dan van tu kan ala2 van yang dah terbiar kat kedai potong je, sofa pun dah tak rupa sofa... so dalam van tu duduk beriba la.. semua sumbat dalam satu van sebab nak dapat dua van susah so terpaksa berhimpit2 la sebab semua memang nak pergi dan tak de yang nak tarik diri...



Keadaan dalam van yang sesak gilos... van ada kerusi 4 baris (termasuk baris driver), setiap baris diisi 5-6 orang ... korang bayangkan je la...

Berkilatnye!!! Kepala sapa la tu....

Sepanjang perjalanan Mummy tak berhenti2 baca doa, dah le penuh sesak, driver dia pulak ala2 mat rempit, bawak laju gilos kat hway, dan bila kat selekoh dia belok ikut suka cam tak tekan break je, memang terjerit2 le orang3 pompuan sepanjang jalan, dah la driver kat sini kebanyakkanya 'rabun warna' dan tak boleh nak bezakan warna merah dan hijau... hon sana sini je bila nak lalu walau masa tu lampu merah. Kalau kakak Mummy si YB Bukit Mutiara naik van ni mesti suara dia yang paling kuat menjerit2... dan kalau nak tau van ni bukan ada pun road tax ke insurance. Kalau jadi apa2 memang mati katak betul la...

Bila dah nak sampai ke kat kaki bukit tu jalan di cam mendaki, so tetiba van tak boleh bergerak... tak bergerak tu tak apa lah tapi yang takutnya tiba2 mengundur pulak, Mummy dah pejam2 mata dan rasa nak terjun keluar dari van je, bila dah agak stable sikit, ada yang keluar dari van biar ringan sikit tapi van still nak mengundur, Mummy duduk baris belakang sekali so susahlah nak keluar... lastnya hampir separuh keluar dari van (termasuk Mummy) barulah van boleh menaik... puhhhhhhhh.... lega betul bila dah keluar dari van

So van yang sepatutnya kami chartered pergi balik tu, we all naik pergi je, balik nanti mutawif kata cari van lain.....

Akibat pressure masa naik van tu Mummy rasa nak terkucil sesangat, tapi mana la ada toilet kat kaki bukit ni, so dengan menahan rasa nak terkucil tu Mummy panjat la juga bukit ni...

Baru gerak dalam 300m Mummy dah tertinggal kat belakang.... huhu.... hati berbelah bagi samada nak ikut naik atau tunggu je kat kaki bukit je

Tak tahulah berapa kali Mummy berhenti sebelum sampai ke dalam gua tu... bertahun tak excercise terus panjat bukit memang kira mencabar gak le... tengoklah muka Mummy yang berminyak dan berpeluh2 tu... ni mendaki waktu malam ni kalau waktu siang rasanya boleh diperah peluh dibaju. Walaupun tanpa bantuan sebarang lampu disepanjang perjalanan tapi laluan tetap cerah. Masyallah...

115 Meters nak sampai ke gua terasa macam 115km... huhuhu. Abi (tour guide) tak henti2 bagi semangat pada kami yang dah nak pancit ni... dulu Siti Khadijah tiap2 hari panjat bukit ke Gua Hira' ni untuk hantar makanan ke Rasulullah, tanpa ada laluan tangga dan hand railing.

Setiap hentianmesti berhenti amik gambar, tu yang tak sampai2 puncak kut...

Antara yang berjaya sampai ke dalam Gua Hira'.... termasuk Mummy la ... orang yang ke 3 akhir sampai ke gua... huhuh... Alhamdulillah sampai gak

Pandangan kota Mekah dari Gua Hira'... nampak jelas kan

Di depan Gua Hira'

Sebelum sampai ke gua hira kita perlu melalui celahan batu besar, di kanan kiri batu ni ada laluan. Kalau tengok pada saiz lubang laluan tu Mummy macam tak confident je boleh melepasi kubang berkenaan. Alhamdulillah lepas juga akhirnya. Mengikut mutawif dan tour agent, insyallah semua orang walau gemok mana boleh melepasi lubang kecil tu, dengan syarat kena masuk dengan cara yang betul.


Di dalam gua kecil inilah (yang ada orang solat) Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menerima wahyu yang pertama. Gua ini memang boleh memuatkan seorang dalam suatu masa saja. Kedudukan gua ini memang betul2 menghadap Kaabah ... subhanallah...

* 2 gambar terakhir tu Mummy cilok dari FB, tuan punya berbaju merah tu... TQ ye Abi...Abi ni tour guide kami

5 comments:

  1. Aku dulu cuma tengok dr jauh je, x brpluang msuk ke dalamnya..........kesian, mse 2 mk x nk dia x larat, skrg aku rasa aku lak yg x larat.....huhuhu, dunia berputar.......mungkinkan aku dpt msuk ke gua itu andainya aku ke sana......insyallah

    ReplyDelete
  2. sesak nafas aku bayangkan korang dalam van tu, berhimpit2, kalau lah terjadi sesuatu.... tapi alhamdulillah niat perjalanan yang baik tetap dalam prlindungan Allah.

    ReplyDelete
  3. kelakor betul ler.patutnya disediakna van yg ada aircond ke.pelancungkan.Ada tak yg tersilap duduk atas riba org lain.Ye ler dlm gelapkan.ingat suami kita.Dah macam perjalanan nk naik keladang teh boh kt cameron lak.

    ReplyDelete
  4. Ladang teh kt Sg Palas, Cameron.........huh mencabar tul, cukup ler skali aku naik kesana , x berani, kecut prut aku dh....lain kali klu nk ke ladang 2 kena naik motor/jln kaki, x pun g tmpt yg kt tepi jln je la

    ReplyDelete
  5. "dulu Siti Khadijah tiap2 hari panjat bukit ke Gua Hira' ni untuk hantar makanan ke Rasulullah, tanpa ada laluan tangga dan hand railing."
    Minta maaf tanya ye. Betul ke kisah Siti Khadijah hari2 panjat gua Hira ni. Tak terjumpa pun dalam buku sejarah. Tolong quote rujukan. Yang ada Rasulullah (saw) bawa bekal sendiri. Lagi pun orang nak berkhalwat mencari kebenaran. Tak banyak makan. Kurma & air cukup. Kalau kenyang mudah tidur & tak dapat meditate.

    ReplyDelete