Friday, March 18, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part VII)

Kali ni gambar2 semasa berada di Madinah ... selain dari ke Masjid Nabawi banyak lokasi bersejarah lain yang kami pergi termasuk perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Pasar Kurma dan sebagainya. 4 hari di Madinah ni rasa macam tak cukup je.. first day di Madinah macam lost. Masjid adalah sangat2 besar dan pintu banyak sangat... bila masuk 2nd day dah comfortable pergi masjid tak payah tunggu kawan2 lagi dah...Bila dah seronok dan familiar dengan masjid dah nak pergi ke Mekah pulak... memang rasa sangat2 sedih.Kat masjid ni la merasa sembahyang kena langgar dan kena langkah dengan orang.


Dan kat masjid ni juga kita boleh nampak samada orang boleh sabar ataupun tidak, terutama sewaktu nak mengunjungi Raudhah. Kalau jemaah dari Asia Tenggara selalunya memang mengikut arahan pengawal, tapi kalau yang dari belah2 Asia Barat, Turki ke Pakistan memang boleh tahan tahap kebrutelan kedegilan mereka...Main langgar dan redah je...


Di hadapan hotel penginapan ... Durrat Al Fayroz. Bilik hotel besar dan sangat2 selesa.


Senja di Masjid Nabawi


Bumbung yang pada waktu siang berkembang bila malam dah menguncup jadi tiang lampu 


Bumbung yang tengah nak dibuka dan kembangkan....

Bumbung yang dah dikembangkan.... jadi peneduh kepada jemaah... cantik kan... dari tiang lampu dah transform jadi bumbung


 
Mengelilingi Masjid Nabawi di tengah malam


Daddy kat Raudah. Untuk jemaah lelaki senang sikit untuk masuk ke kawasan Raudah sebab sepanjang masa boleh pergi tapi untuk jemaah wanita ada masa2 tertentu je. Lepas Subuh, lepas Zohor dan lepas Isya je. Dan memang kena sabar sebab kita kena tunggu sejam dua sebelum sampai giliran kita.

Nak bezakan samada kita dah masuk ke kawasan Raudah atau belum tengok je warna carpet. Yang warna hijau tu kawasan Raudah (antara tempat2 yang doa kita akan dimakbulkan Allah). Insyallah.


 
Pokok kurma rendang tak berbuah...


Mummy & Farah


@ Jabal Uhud


Di Jabal Uhud ... di mana2 saja ada peniaga...

Sorry ye gambar Daddy x banyak sbb semua ada dalam camera yang hilang tu... huhuh. Daddy tengok je la gambar Mummy... hihihih

bersambung .... bila mau habis daaaaaaa

6 comments:

  1. indahnya masjid Nabawi ye.....
    gee napa pokok kurma tu bantut tak de buah lak tu, ko bergambo le kat pokok kurma yang lebat berbuah sedap mata aku memandang, ko pegang ke buah2 kurma tu....ni pegang pelepah dia aja...

    ReplyDelete
  2. jangan abis dulu daaaaa... gambar ente naik unta belum keluar laaa. ana mau lihattttt, ente naik unta lahhhh...

    ReplyDelete
  3. Gee......... pokok kutma yg dh tinggi lampai(nampak batang je) yg ada gambar ko n Farah tu..... ya aku pasti tu la dia tmpt tunggu arwah mak/abah setiap kali lpas dr masjid nabawi, sbb pintu kluarnya asing2 antara lelaki dgn pompuan. Bangunan 2 masjid nabawi kan!

    ReplyDelete
  4. Kak Kay - memang cantik2 sangat Masjid Nabawi tu

    Anonymous - Pokok kurma tinggi tu bukan kat Masjid Nabawi ye tapi kat Masjid Quba...

    ReplyDelete
  5. Anoymous, patut2 ler.alangkah pokok sawit rumah kita pun dh tumbang n ditanam semula,ni kan pula pokok korma yg ko kata tu.kelako ler ko ni.I pegi U pun pegi ye

    ReplyDelete
  6. Anonymous - gambar mummy gee & farah tu rasanya kalau tak silap mama kat kat Masjid Qiblatain ( Masjid 2 Kiblat)...dan bukan masjid Nabawi...

    ReplyDelete