Monday, November 29, 2010

MAHA OR MAHAL?

Last Saturday lepas hantar Daniel & Danish camping kat IOI Palm Garden Resort, Mummy singgah ke pameran MAHA kat MAEPS MARDI. Masa tu dalam pukul 10.30am, jalan masuk ke MAHA dah jam gilos. Untuk jarak 500m nak masuk ke MAHA area ambik masa sejam. Memang jam panjang gilos kat Pjaya Hway. Dan yang tensionnye kita punyala sabar beratur dalam jam tapi ada mamat2 main potong Q je (Mummy rasa dia orang ni masa cikgu ajar subjek sivik kat sekolah dulu tertidur kut... tu yang buat perkara ikut suka je) 

Duta MAHA 2010


Daddy & Kids


Ini daun yer bukan bunga....


Cantik2 betul bunga2 orkid ni... secantik orang yang dalam gambar...


Bukan budak baju merah yang for 'SALE' yer....

Mummy suka tengok bunga orkid yang berbagai2 bentuk dan warna. Ada yang dah macam bunga plastik cantik berkilat dan besar. Harga pun ada berbagai2, dari RM2 ke ratus pun ada gak... bestnya kalau kat rumah dikelilingi pokok2 orkid ni... emmm tapi tu lah kalau kita tanam ntah berbunga ke tak...
 
 
 
 
 


Eh... Dafiy dan Dania tak takut langsung dengan lembu dan kambing ni.. boleh peluk2 lagi tu... caya lah...


Elok2 Dania, nanti kena kejar dengan lembu tu, lembu suka warna merah tau


Ok gak klu Mummy bela lembu ni kat belakang rumah yer... hee... lembu ni masuk pertandingan binatang cantik dan juga dibuka untuk lelongan. Harga asas RM4000....


Belon ni dijual RM6 satu... kalau kat pasar2 malam baru RM3-4 je... memang mencekik betul... mostly yang datang bawak anak so nak tak nak terpaksa lah beli, sanggup nak tengok anak2 merengek2 kat tengah orang ramai nak kan belon ni??? So jalan penyelesaian terpaksa beli gak...

Antara yang Mummy beli kat MAHA. Beli bukan sebab murah ye tapi stock buah2an kat rumah dah habis.

 
Jambu madu RM9/kg dan nangka RM4/kg

 
Mangga RM7/kg dan jambu batu cinonet RM5/kg

Mummy cuma pergi ke satu kawasan pameran je, sebab masa tu panas sangat. Kawasan pameran utama Mummy tak pergi lagi pun, kira baru pergi 20% dari kawasan pameran. Plan nak pegi lagi ni... tapi nak pegi weekdays lepas kerja. Kurang sikit orang. Oh ya ada orang bagi nasihat, kalau nak pergi ke MAHA ni pergi la dua hari terakhir sebab masa ni banyak barang yang dijual murah atau dilelong...terutamanya pokok2 bunga dan produk makanan....

5 comments:

  1. JIKA KITA DIKELILINGI ORKID, DIRI TERASA MUDA BAK 25 TAHUN.

    ReplyDelete
  2. MSOM - Ya ker... emmm klu cam tu nak tanam orkid keliling rumah la...hahaha. Sekarang ni belum tanam orkid pun dah terasa 15 tahun muda... hehhehe

    ReplyDelete
  3. Ia termasuk dalam proses AROMATERAPI dan PANCARAN WARNA itu mendatangkan AURA. Kenapa orang mandi bunga? Apa rahsia aura drp bunga-bungaan terutamanya bunga orkid yang terkenal dengan warna-warninya?

    ReplyDelete
  4. bile la dpt gi MAHA ni? dh memboyot ni lagi la malas..

    ReplyDelete
  5. esok ada mtg kat KL..habis kul 6 ptg..mlm MAHA bukak tak eak...hehe...MAHA, MIHAS...mmg lokasi paling sesuai untuk akak yang cintakan kekampungan nie..

    ReplyDelete