Friday, November 12, 2010

Countdown...


Lagi 4 hari je anak2 sekolah ... hari ni, isnin, selasa dan jumaat depan dan lepas tu cuti panjang lebih kurang 7 minggu. Cuti sekolah ni sinonim dengan emak bapa bawak anak2 pi berjalan... dah plan ke nak bawak anak2 ke mana cuti sekolah ni. Dan untuk ibu2 yang teringin nak pi bercuti time ni bolehlah kenen2 kan suami masing2... cakaplah anak2 teringin nak pegi bercuti .... (kalau guna alasan anak ni senang sikit suami nak setuju... hehheeh)...

Mungkin ada gak yang dah daftar anak2 untuk attend kem solat, kem motivasi kem itu dan kem ini sepanjang cuti sekolah. Ya la daripada sebulan lebih tak ada xtvt selain main je elok juga ada sedikit pengisian masa cuti sekolah. Mummy cuma sambung tution dia orang kat Smart Reader sepanjang cuti sekolah ini. Intensive English Tution ... 5 hari seminggu 2 jam sehari selama 6 minggu. Kelas start 22 november pukul 11.30am - 1.30pm.. oklah tu daripada dia orang main dan bergaduh at least untuk 2 jam dapatlah Dafiy tidur sekejap.

Mummy tak fikir pun nak bawak anak2 gi mana cuti sekolah ni, nampak cam dah penuh je schedule sepanjang cuti sekolah ni. Tapi yang pasti stock makanan kat rumah masa cuti sekolah ni perlu ditambah, anak2 Mummy kan semua dalam peringkat nak membesar so selera makan memang agak menakutkan la... heheh.... dan selalunya cuti sekolah ni rumah Mummy ni macam nursery sikit... kawan2 Daniel dan Danish ramai datang rumah. Walaupun keadaan bilik dia orang nanti jadi cam tongkang karam tapi Mummy lagi suka kawan2 dia orang datang ke rumah daripada dia orang pergi ke rumah kawan2. Lagipun rumah Mummy kan ala2 padang bola dan tak ada perabut sana sini so bebas dia orang nak main. Itu sebab kawan2 dia orang suka datang rumah Mummy kut, selain Mummy yang tak kisah pun dia orang bawak kawan2 datang rumah.

Mostly program cuti sekolah kali ini banyak ikut xtvt daddy je la, awal december ada family day utk department daddy 3 hari kat Puteri Resort Melaka, concert Dania, pas tu wedding cousin daddy kat taiping dan reunion sekolah daddy kat Alor Setar... so rasanya memang tak ada xtxt percutian lain kut... ini pun dah kira bercuti gak kan...

2 comments:

  1. Hebat, nak cuti dah disediakan kertas kerja. Ini menunjukkan Mummy Gee seorang ibu Mithali.

    ReplyDelete
  2. MSOM - Kat opis kena buat paper work kat rumah pun kea buat gak... hehehe... Saya kena buat plan dulu, pas tu adakan mesyuarat raja2 untuk perbincangan dan kelulusan... heeheheh

    ReplyDelete