Wednesday, November 10, 2010

Masa merubah segalanye.....


Apa kaitan tajuk N3 dengan ap yg Mummy tulis ni yer???? Ooooooo nak cerita pasal labu manis atau orang kampung Mummy panggil pumpkin atau nama glamour dia Cucurbita Maxima...


Zaman dolu2kan Mummy tak suka sangat dengan Mr Labu ni... abah dulu banyak tanam labu ni kat kebun, jual tak laku nak makan dah jemu so dibiarkan je kat pokok sampai busuk. Zaman belajar kat U dulu Mummy paling menyampah bila kena menu labu... masa tu dia masak lemak labu tu tapi nama jer masak lemak tapi cair habis cam masak bening je, pas tu kalau labu dia tu dapat yang lemak dan sedap tak apa la ni labu yang low qualiti dengan isi yang nipis dan gonyeh... (gonyeh tu apa??? cari sendiri makna dia....)

Tapi sejak tinggal kat Nilai lagi Mummy start suka pulak kat Mr Labu ni... so setidak2nya dua minggu sekali mesti labu ada dalam menu Mummy, selalunya Mummy masak lemak ciliapi labu dengan udang dan pucuk ubi tapi bila bibik alergi makan udang tukar pulak lemak cilipadi labu dengan ikan bilis dan pucuk ubi (pucuk ubi yer bukan daun ubi...)... masak pekat2 sikit dan goreng ikan masin tenggiri wow memang menu teman tapi mesra la.... pucuk ubi tu Mummy kutip kat belakang rumah je ye, walaupun tanam dalam pasu tapi pokok ubi Mummy memang subur, sekali petik memang cukup untuk sekali masak la.... Selain dari buat masak lemak, Mummy buat pengat labu campur sagu biji... emmm memang sedap je....


Bila dah pindah Bangi ni tanam pokok ubi tak hidup je dah berapa kali cubaan menanam tapi mati je tension betul la... so dah kurang sikit masak lemak labu sebab tak ada pucuk ubi, pegi pasar ingatkan beli pucuk ubi bila balik tengok 'daun ubi' rupanye....

Mummy ada gak beberapa kali buat kek labu dan talam labu. Memang sangat sedap... Bingka dan cekodok labu je Mummy tak pernah buat.


 
Kek labu & talam labu...

 
Dah dua minggu berturut buat koci labu dan lepat labu...

Tapikan sebenarnye labu tu banyak khasiat tau... jom kita share info kat bawah ni... sharing is caring ma.... tapi ingat benda lain boleh sharing suami jangan sharing pulak....

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.


Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.


Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.


Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.


Daun labu kuning pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit. (Dolu2 emak suka masak lemak putih pucuk labu)

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 butir biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.
 
Itulah info pasal labu ye puan2.... yang Mummy tak suka zaman dolu2 tapi sekarang ni suka buat makanan berasaskan labulah pulak....

2 comments:

  1. Dulu aku x makan sayur kangkung dgn pisang goreng...la ni dah minat kangkung belacan dgn psiang goreng panas aspecially pisang nipah, pisang tanduk dan pisang nangka. Pisang berangan masak makan gitu aje dah sodap.

    ReplyDelete
  2. Aku yakin labu kalau kulitnya hijau confirm tak "pulen".Tau apa makna pulen.Beli yg kulit kuning.Biji labu tu..ala cam tak paham pulak.Jemur atas tudung periuk wat kuaci.

    ReplyDelete