Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010 untuk semua. Semoga semuanya ceria2 sealu walauun tak dapat berkumpul ramai2 cam hari raya puasa. Hari rayakan so pagi ni Mummy kul 5.00am dah bangun dah. Pas tu keluarkan barang2 yang nak dimasak lah. Ketupat mini segera petang semalam bibik dah rebuskan. Rendang tok dan sambal kacang Mummy dah masak. So pagi ni tinggal masak beberapa lauk je lagi.

Tengah2 masak2 tu kan masa nak amik gulu Mummy tenggok bekas gula dah tinggal sikit, tanya kat bibik ada stock lagi ke tak, mak datuk tu la stock gula terakhir ada la kut dalam secawan... bibik ni lupa la agaknye, selalu tu gula ada dua packet lagi dia da suruh beli... Kul 7am Mummy merempit kejap nak gi kedai cari gula dan ketupat segera. Taikan sob sob sob kedai2 semua tutup termasuklah kedai Pakcik Myd*n... so redah je ke kedi 7E... emmm dapat la gula tapi gula castor dan nasib baik ada jual ketupat mini. Legaaa. Semalam bibik dah rebus 30 pcs ketupat mini tu tapi Mummy takut tak cukup la pulak, ya la nama pun raya kan, manalah tau ada saudara mara atau jiran tetangga yang datang bertandang segan lak kalau makanan dah habis...

Kul 8am semua dah siap. Dan semua pun dah siap2 nak gi solat sunat aidil adha. Balik dari solat terus hidang2 makanan. Jomlah layan pics... klau ang tak dapat datang tu sila tengok je la ye...boleh kenyang rasanya lepas tu...hehhe...

Gambar balik dari masjid yang diambil oleh budak berumur 2 setengah tahun... kira ok la kan

Makanan yang dah siap dihidang dan tinggal untuk dingap.... jom kita buka penutup dia dan tengok apa yang Mummy hidang pagi raya ni

Ketupat  mini segera dan sambal kacang

Sayur lodeh dan rendang 'tok gee' 


Nasi minyak dan kari ayam


Pasangan teman tapi mesra, lomang dan rendang. Lemang tu dah pastilah main tunjuk2 je...


Choc cake kukus dan muffin (bluberry & choc chip). Abaikan taburan choc rice dan almond nib atas cake yang ntag apa2 je... tu semua kerja anak2


Agar2 santan gula melaka Indon (sebab gula kabung tu bibik bawak dr Indon...)

Lepas makan lepak2 tengok tv je la sambil snap2 sementara menunggu kut2 ada orang yang sudi datang beraya. Anak2 Datin S janji nak datang semua tapi tak sampai2 lagi. Dalam kul 10am jiran Mummy dan kawan daddy with family datang beraya. Okla ada gak org sudi datang... hehehe

Dengan budak yang banyak cakap...Dafiy


Budak comel yang asyik nak rampas camera dari Mummy je...  nampak tak eyebrow dia yang hitam cantik terbentuk tu, ramai orang fikir Mummy pakaikan celak kat Dafiy... hehe...asli tu sejak lahir dah camtu 

Ntah apa2 lak akssi dia orang ni...

Keladi air


Tak tau apa nama bunga ni, Mummy panggil pokok panjat2 je. Dia tanam dalam kulit siput yang diisi dengan sabut kelapa dan diikat dengan dawai, so pokok tu akan melilit kat dawai. Comel sangat... tapi pokok cenonet ni pun kat nursery jual sapai RM15 satu... jenuh menawar bila beli 3 dia bagilah discount sikit. Pas tu pandai lai udak tu kata 'ala kak klu akak pegi makan kat kedai sekali makan je dah RM15... ini akak bayar RM15 boleh tahan lama berbulan2'... sabar je la






4 comments:

  1. Waaa meriahnya Mummy walau beraya di bandar besar!!! Sedap2 semuanya...

    ReplyDelete
  2. c.gee, tq jemput ktorg dtg umah.. sori xdpt dtg..

    ReplyDelete
  3. MMirror - salah satu nak memeriahkan raya aidil adha kena masak bagai la...baru terasa pas tu sambil makan pasang lagu raya... hehehe... tapi ada kawan Mummy pagi2 raya dia gi breakfast kat restoran fast food sebab kedai makan banyak tutup... ada gak orang sambut raya cam tu... hehehe

    Ayu & Ayien - Korang memang tau ... penat c.g masak banyak2 korang tak dtg pun... nak merajuk ni... hehee

    ReplyDelete