Tuesday, November 16, 2010

Kenapa tak ghairah nak sambut raya haji aidil adha?

Salam.

Semalam para jemaah haji melakukan wukuf di Padang Arafah tapi kita di Malaysia hanya akan menyambut hari raya aidil adha pada hari esok, bukan sepatutnya kita raya hari ni ke sebab perbezaan wakatu kita cuma 5 jam je kan. Cam pelik bin ajaib sikit la tapi apa kita boleh buat, ikut je la pengumuman yang dah dibuat oleh gomen...

Kalau diperhatikan kita cam tak ghairah kan nak sambut hari raya aidil adha. Kenapa ye? Mungkin sebab kita tak berpuasa tup2 terus raya, atau sebab tak ada xtvt terjah menerjah shopping mall beli baju raya atau kurangnya xtvt jemur tepong nak buat biskut raya (emmm ada lagi ke xtvt jemur tepong ngan gula ni yer....). Radio pun tak galak nak mainkan lagu raya. Kita pun tak berebut2 gi bank sebab nak tukar duit tak berebut nak beli tiket bas utk balik kampung dll. So rasanya itulah antara peyumbang utama kenapa kita tak ghairah nak sambut raya haji ni kut..

Mummy pun raya haji tahun ni raya kat 43650 Bangi je la, lagi pun hari raya jatuh tengah2 minggu kalau jatuh hari Jumaat ke boleh gak menyambung cuti dan balik kampung. Tak apa la sesekali rasa camana beraya di KL pulak. Nampaknya rumah pusaka kat 83500 sunyi je la dipagi raya, selalu kalau orang sibuk sembelih dan lapah lembu2 korban anak2 Mummy dan sepupu sepapat dia orang lah yang memeriahkan suasana....


KNoor & Abg Rin sebelum bertolak ke Kelana Jaya

Untuk semua jemaah yang tengah melakukan wukuf umumnya dan khas untuk kakak Mummy Kak Noor dan Abang Rin, semoga diberikan kesihatan yang baik dan dapat melakukan semua rukun2 dan wajib haji... amin. Untuk semua saudara mara Mummy dan uols Selamat Hari Raya Aidil Adha...

5 comments:

  1. Pagi td cari daging di pekan P Sulong, malangnya yang tinggal cuma tinggal jantung saja. Maka raya kali ini benar2 hambar

    ReplyDelete
  2. MSOM - ye ke kat PS sampai kehabisan daging? masa raya posa tu rasanya melambak2 orang jual ayam dan daging sampai lat tepi2 jalan

    Ayien - Esok pagi dtglah beraya rumah c.g bawak adik2 semua...

    ReplyDelete
  3. klu tak ghairah... itu tugas kita para blogger2 ni membuat kempen Aidil Adha besar2an...tunjuk gmbr kuih itu ini...baju lip lap..tukar langsir...mesti kembali ghairah.. hehe

    Anyway Mummy... kitorg tgh nk mkn ketupat kt rumah 83000 ni.. mmg sungguh ghairah. Jgn jelous!

    ReplyDelete
  4. dalam tak ghairah pun habis berkeping2 RM gak beli barang2 untuk membesarkan badan di pagi raya.
    MS= kalau kat PS kehabisan daging kat sini kehabisan daun kunyit dan serai. bayangkan kat k4 dan giant pun kehabisan benda tu. kat kedai2 sayur lagi la tak de. tapi ye la saya pegi ptg, kalau pagi tu ada lah lagi....

    ReplyDelete