Saturday, November 13, 2010

Nasi Ayam & Muffin Choc

13/11/2010 (Sabtu) a.k.a hari cuti a.k.a hari untuk masak2.... hari ni Mummy tak gi pasar, cuma pegi kedai runcit depan rumaj je beli sayur2, stock lauk pauk banyak lagi... tengari tak ada idea nak masak apa so nak senang punya pasal masak je nasi ayam. Actually dah lama betul Mummy tak masak nasi ayam ni, dah kebetulan ada beras basmati so projek nasi ayam je la.... tengok je la ye gambar ni....

Makan nasi je pun dah sedap... nampak tu panjang2 beras basmati tu dan cantik berderai sebiji2 je...


Ayam panggang madu segera... ayam yang dah direbus separuh masak ni Mummy perap dengan madu, kicap, bawang putih dan halia sekejap. Pas tu Mummy panggang je dalam oven. Ada cerita semasa xtvt panggang memanggang ni... hihihi. Sambil masak sup tu Mummy onkan oven dulu so dalam 5 minit tu kut Mummy baru teringat yang kat dalam oven tu Mummy ada letak telor ayam kat situ semalam sebab ruang kat peti sejuk dah penuh... mak aiiii mencecet lari la kat oven tu dan keluarkan telor2 tu... dah rasa panas dah tak tau la ntah2 dah jadi telur separuh masak semua... ada dalam 12 biji tu.... aduh apa2 la Mummy ni...


Sambal cili nasi ayam... cili masak + tomato + air rebusan ayam +  halia + bawan putih ...  kacau je sampai agak2 pekat


Sup ni semua orang pandai buat... nak sedap lagi campak je 2 kiub pati ayam ....

Lepas makan lepak2 santai la sebelum solat dan zzzzzzzzzz . Plan nak gi Alamanda tak jadi sebab Daddy nak gi menebas kat Nilai Spring, so esok la baru gi Alamanda. Bangun tidur fikir2 apa nak buat untuk minum petang. Plan memang nak buat tepong bungkus tapi gi kedai tadi tak ada pulak jual daun so terbantutlah kuih tepong bungkus. So tukar plan buat choc muffin. Kali ini Mummy guna resepi dari MyResipi ...

Muffin yang baru diangkat... perhatikan jari2 montok yang tak sabar2 nak usha muffin Mummy ni...siapa tau jari siap2 tu? Cepat2 kalau betul Mummy bagi muffin sebiji.... hehehe... kalau dah montok cam tu mestilah jari si Daniel.... hehee


Dapat 22 biji muffin dan da tinggal 12 je...esok boleh buat breakfast pulak... rasa dia memang sedap sebab  Mummy guna milk chocolate yang dicairkan dan bukan  gunakan serbuk koko cam selalu. So lagi terasa la 'kecoklatan'nye... sesuai utk hantu2 ..... hehee... hantu coklat la...Muffin ni pun tak perlukan mixer sekadar pukul2 manja je adunan tu....

Close-up skit muffin ni... Mummy suka2 je letak kan almond nib...

Ni pulak stock frozen karipap dan pau kelapa goreng yang Mummy order kat Kak Pah (jiran masa kat Nilai). 10pck karipap dan 5 pack pau kelapa. Balik golf tadi Daddy singgah rumah Kak Pah ambik kuih2 ni. Dan Kak Pah bagi mangga epal dari pokok depan rumah dia tu, mangga tu masak2 mengkal... sedapnyeee... Ini sebagai salah satu stock untuk anak2 yang dah nak cuti sekolah. Dia orang memang suka sangat dengan karipap ni. Tak reti a.k.a malas la na kbuat karipap ni... selain dari tak reti nak kelim karipap.... hehehe... klu nak buat pun kena guna acuan la gamaknya... heehe


p/s Esok akan berusaha untuk mendapatkan daun pisang... Mummy nak gak buat tepong bungkus atau puteri dua sebilik tu...

1 comment:

  1. Tanam je la pisang sebatang (cari pokok yg jenis rendang contohnya pisang serendah) pun cukup Mummy.. kat kebun belakang rumah Mummy tu kan ada ruang lagi (hehehe...agaknya la).

    ReplyDelete