Thursday, November 4, 2010

LENGGANG KANGKUNG

Ingat tak Mummy ada buat N3 pasal pinggan zaman dulu2. Kalau tak ingat klik kat sini. Masa balik kampung raya dulu Mummy ada bawak balik bebrapa keping pinggan lama ni. Dan sejak tu cam dah terjatuh tangga cinta la pulak kat pinggan bunga kangkung ni. So lepas tu memang Mummy rajin blog walking ke rumah2 penyimpan dan penjual pinggan ni. Demand memang tinggi untuk pinggan corak bunga kangkung ni. Tak ada orang yang jual complete set pun. Kekadang ada orang jual teko sebiji, pinggan dua biji so kalau nak buat collection memang kena sabar la nampak gayanya. Dan selalunye sekejap je orang publish kat blog dah sold.

Dah nak jadi rezeki Mummy kut 2 hari lepas masa blog walking ada orang nak jual pinggan corak bunga kangkung ni. Cepat2 Mummy sms dan alhamdulillah masih available. So malam tadi masa hantar KNoor ke Tabung Haji Kelana Jaya, Mummy ambiklah barang yang Mummy  beli ni. Tak sabar2 nak balik rumah dan membelek2 pinggan yang comel2 dan cantik ni. Sekarang sedang menanti ketibaan tea set yang berjaya dibeli dari sini, rasanya hari isnin baru dapat kut sebab baru nak diposkan hari ni. Oklah korang layan je la ye...

Set pinggan bunga kangkung yang berjaya dibeli....2 tea set (cawan besar dan cawan kecil), 1 teko, 1 bekas susu, 1 bekas gula, 6 cawan teh cina, 5 mangkuk lauk, 4 pinggan nasi, 6 pinggan bujur, 13 pinggan kuih dan 1 sudu... ada 60++ pcs... tengah tunggu baran2 yg tertinggal 1 sudu, 1 cawan, 1 piring kuih dan 1 mangkuk lauk

Teko, bekas susu dan bekas gula... cantik kan....


Tea set


Ini 3 keping pinggan makan corak bunga kangkung yang Mummy amik kat kampung...

Sekarang ni pinggan kat atas terpaksa diperap kat dalam kabinet je la dulu sebab almari display tak sampai2, towkey kedai tak nak jual kat Mummy la... camana tu... hahahha....

p/s Kalau ada silent reader Mummy mempunyai pinggan, mangkuk, teko dan yang sewaktu dengannya bercorak bunga kangkung cam kat atas tu dan nak jual boleh la tinggalkan message kat chat box tu ye.

5 comments:

  1. cawan corak bunga kangkung tu dulu aku ingat kalau abah beli kopi pastu ditukarkan dia punya apa , aku kurang ingat dapat sebiji cawan n piring.kan bnyk dulu kat rumah kita abah kumpul

    ReplyDelete
  2. Mama Janet - dah tak ada dah cawan2 tu kat kg, masa operasi pembersihan raya lepas cuma jumpa pingan makan dan pinggan kuih . Tu pun beberapa ketul je, mana pegi pinggan tu ek?

    ReplyDelete
  3. Mummy...
    Arwah atok saya dulu pun ade set pinggan mangkuk ala2 yang dalam gambar ni..sekarang set2 tu dah jadi display dalam almari mak saya [after Tok meninggal]

    ReplyDelete
  4. ada..ada....mama 3 biji pinggan makan tu ..yg bawak balik dr kg...hehhe.....agak2 berapa boleh jual tu...agak harga adik beradik je...hehehhe...cam ni nak simpanlah pinggan tu..agak lagi 10 tahun ada tak harga dia cam harga emas tu....

    ReplyDelete
  5. bahagian aku tu jual aja kat ko boleh tak gee..., harga ikut pasaran la ye.

    ReplyDelete