Thursday, November 18, 2010

Cuti = makan

Hari ni Mummy dan Daddy cuti lagi. Pagi2 balik dari surau Daddy bawak anak2 gi jogging. Balik dari jogging siap2 nak gi surau pulak sebab ada orang korban lembu, so daddy nak g tolong. Mummy duk lepak2 je la kat rumah tak tau nak buat apa... tengok tv boring pulak. Kul 9 gi kedai cari sayur2. Pas tu pusing2 nak gi facial ngan massage tapi semua tutup la pulak. 

Tengahari ni masak nasi putih je sebab rendang dan kari ayam semalam ada lagi. Daddy pun makan kat surau je so itu menambahkan darjah 'M' mummy untuk masak. Tapikan bila habis layan sinetron Alisa (hahaha Mummy terjebak tengok ni...) perut ni lapar le pulak. Nak makan lauk-pauk semalam cam dah jemu, so Mummy masak menu orang 'M' la.... hehe

Menu tengahari Mummy yang sangat2 sempoi. Nasi putih denan sambal ikan bilis dan telor mata. Ikan bilis tu kan masa emak tinggal kat rumah Mummy dulu bila dia dah boring dengan menu2 yang ada dia mintak masakan sambal ikan bilis tu je. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili masak + cili pagi, pas tu masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Masukkan air atau air asam jawa sikit... 

Minum petang hari ni Mummy goreng pau kelapa dan pisang... makan panas2 lawan ngan teh-o...

2 comments:

  1. Mummy ~ sambal ikan bilis tu kalau kat sini org panggil sambal siut (siot ke siut tak pasti la tu sbb kalau kt "Kashmir" mmg kami tak pernah masak sambal ni..kt rumah IRP je benda ni famous) tapi kami bubuh belacan.

    ReplyDelete
  2. MMirror - tak tau nak panggil apa sambal ni tpai kekadang memang Mummy bubuh gak belacan sikit... makan ngan nasi panas2 memang mantap...

    ReplyDelete