Monday, November 15, 2010

Makan2 hujung minggu!

N3 tentang hasil xtvt bersilat dan bersenam kat dapor hujung minggu semalam. Tengahari tu Mummy rasa cam nak ratah2 lauk je, so Mummy masak sotong goreng kunyit dan sambal goreng tempe. Untuk anak2 Mummy buatkan sup dan goreng telor je.

Sotong goreng kunyit....

Sambal goreng tempe... belum sempat Mummy buat sambal goreng ni si Danish dah habiskan seperuh daripada tempeh ang dah digoreng nipis. So kenalah goreng yang lain pulak. Mumm letak tauhu, kentang dan ikan bilis banyak2. Lupa nak letak tauhu keringla pulak... lunch ngan dinner ni je Mummy makan....

Lepas lunch Mummy buat inti kelapa untuk kuih tepong pelita a.k.a kuih puteri dua sebilik yang Mummy nak buat petang ni.

Sebela betang hujan selebat-lebatnya la pulak. Tido memang best la... bangun2 tidor terus buat kuih ni la. So kalau ada sesiapa yang nak buat nak amik resepi ni... lupa la mana Mummy amik resepi dia. 

Bahan-bahan A (untuk inti)
- 1/2 biji kelapa parut (kalau dapat kelapa yang muda sedikit lagi sedap)

- 2 ketul gula melaka (potong kecil2)
- 1 cawan gula pasir (ikut sukalah nak manis mana)
- 3/4 cawan air
- 1sb tepung gandum
- garam sikit

Bahan-bahan B (untuk "2 Orang Puteri")
- 1 cawan tepung pulut

- 1/2 cawan air
- 1/2 st garam
- 2 pewarna berbeza (Mummy guna hijau & pink)
- Campurkan semua bahan2 dan bahagikan doh kepada dua dan warnakan.



Bahan-bahan C (untuk "Bilik Puteri")
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 1 sk garam
- campurkan semua bahan2 dan panaskan sampai sedikit pekat dan berkilat
 
Daun kena layur dulu, Mummy tak puas hati dengan daun pisang ni sebab daun dah agak tua, tengok tu dah agak kering dan ada yg dah warna coklat lagi... Daddy yang beli kat pasar tani, manalah dia ada nak belek2 ke pilih2 daun tu....psst tak boleh comment lebih2 nanti lain kali dia tak  nak belikan pulak... heheh

Inti kelapa yang dah dibulat2kan

 
Doh hijau dan pink ni adala pakaian si tuan puteri. Ambik sedikit doh dan letakkan inti, balut comel2 ala2 buat buah melaka tu

 
Puteri pink dan hijau yang dah siap berpakaian... sorry la ada puteri yang pakai baju jarang la pulak...hehhe

Panaskan adunan santan dan tepong beras. Kacau sehingga pekat sedikit dan nampak berkilat.

 
Letak dua sudu adunan tepong beras, letakkan dua orang puteri di atasnya dan selimutkan lagi dengan adunan tepong beras

Kukus dalam 15 minit.... sejukkan dan ngap la... kalau lebih tu masukkan dalam peti sejuk. Sedap wooo makan sejuk...

Abaikan rupa bentuk dua puteri yang agak sememeh... masa ni puteri baru bangun tidur memanglah tak berapa cun... hahahah. Kuih ni agak lembik sikit sebab Mummy dah derhaka sikit kat resepi. Mummy tengok adunan tepong cam pekat bebenor so Mummy tambah je air masak lagi... pasan muka kan dah terlembik sikit. Pas tu kan nampak tak warna2 agak kecoklatan kat tepong tu, ni gara2 daun pisang yang dah agak tua dan kering la, so korang kalau nak buat makesure daun pisang tu cantik hijau je ye... Untuk first timer cam Mummy ni, kira ok gak la hasilnya. Rasa memang sedap lemak2 santan dan manis2 inti cuma rupa ada sikit kurang... hehehe

6 comments:

  1. X prnah jumpa pun kueh camni dlm ejarah hidup......yg aku tau tepong pelita tu yg brntuknya cam sampan

    ReplyDelete
  2. ni tepong bungkus atau puteri dua sebilik la...cuma klu tepong bungkus tu inti dia tu tak dibalut dengan tepong pulut dan berwarna-warni. Letak je dua ketul inti, tutup dan bungkus...rasa lebih kurang cam nagasari....

    ReplyDelete
  3. Nmpk inti dia tu mengancam.wat inti koci labu tentu ngam tu..

    ReplyDelete
  4. ni tepung bungkus. popular bagi orang belah utara. pembetulan gee..tepung bungkus pun dia balut cam tu..pakai tepung pulut cuma tak ada lah warna warni. kalau yg warna warni tu badak berendam tu patutnya. so kesimpulannya kau derhaka resepi kuih dan derhaka nama kuih tu..hehehehehhe tapi tak apalah janji sedap kan...aku suka kuih tepung bungkus ni...

    ReplyDelete
  5. MMiraki - Mama salah fakta la..badak berendam tu ala2 buah melaka tapi inti kelapa, dan badak tu direndam kat santan yang dicampur garam skit...

    ReplyDelete
  6. Kalau diletak di kedai Abas,
    sudah pasti kuborong semuanya kuih yang colourful itu.

    ReplyDelete