Monday, November 22, 2010

Dari 43650 => 81100 (Part I)

Perjalanan tak terancang ke JB pada petang Jumaat yang lepas. Petang Khamis baru dapat tahu saudara Daddy dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail. Dengar dari abang Daddy yang dah pergi ziarah, keadaan agak serius kerana melibatkan saraf utama kat tengkok. So Daddy ajak ke JB untuk ziarah. Calling2 kakak Mummy, si Som kat JB kami nak tumpang tidur rumah dia.

Hari Jumaat Mummy & Daddy ambik halfday leave. Balik dari opis Mummy bersilat kejap kat dapor sebab YB Bukit Mutira mengidam nak makan kek pelangi petang. Pukul 6:00pm baru bertolak ke JB. On d way to ber-sms dengan Mama Miraki... hehhe... jangan tak caya, Mama Miraki join ke JB gak cuma dia bertolak lewat sikit. Sepanjang jalan anak2 sibuk tanya, Mama Ika pegi tak... Mama Shasha ada tak sapa lagi yang pegi... dia orang ni tiap kali nak pergi ke ru

Kul 7am singgah kar R&R Ayer Keroh untuk solat dan dinner. Ramai gak orang kat R&R.

Posing2 dulu sebelum dinner kat R&R Ayer Keroh

 
Cam tak pernah jumpa playground nak gak main


 
Layan je la dia orang nak main

Mummy sampai kat rumah kakak Mummy pukul 10.30pm. Mata anak2 masing2 cerah semula, apalagi terus main je la dengan anak2 Som, tak tau la pukul berapa dia orang tidor. Mummy tunggu Mama Miraki sampai tertidur2. Last hampir pukul 5.30am kut baru dia sampai. Masa tu daddy dan anak2 Mummy dan anak2 Som semua dah bangun sebab nak gi solat Subuh kat surau.

Sabtu - Pasar Tani & Pasar Larkin

Hehe...Mummy ni kalau pegi JB memang tak lepaskan peluang untuk buat lawatan muhibbah ke Pasar Larkin. Tujuan utama mestilah nak beli telor pindang. Mama Miraki pulak nak cari telor pindang dan donut fozen yang mables. Sebelum ke Pasar Larkinin singgah dulu ke Pasar Tani.... emmm ni pun lokasi yang Mummy suka gak...

Agak2 siapa yang belum mandi??? Ya betul tu... dua2 orang ni belum mandi... walau tak mandi orang yang berjualan nak gak amik duit yang kami bayar...haahahah


Dania pun sibuk nak gi pasar gak...


Woit cepatlah pilih ikan2 tu, sibuk bergambar la pulak...


Mama Miraki dengan Twist Potato @ Spring Potato... bendalah ni tengah fofular kat pasar2 malam.. sebiji kentang dipotong, dicucukkan ke lidi secara berpusing2, digoreng dan ditaburkan perasa dan sos. Dijual RM3 sebatang... sedap dimakan panas2....


Ubi yang rasanya baru dicabut... masih melekat tanah2 hitam dan basah lagi... orang KL gi JB beli ubi bawak balik KL... heheheh

Ikan puput yang segar dan besar... rasa cam nak beli je bawak balik KL... Mummy sukan sangat ikan ni, walaupun banyak tulang tapi kalau goreng garing2 or masak asam pedas atau masak lemak ngan nenas memang sedap...

Kalau pegi Pasar Larkin terasa semua makanan nak dibeli, tapi Mummy berjaya mengawal kegelojohan diri.... heheh... Mummy beli belebet ni je.. betul kan nama bendalah ni belebet.. dalam isi pulut dan kelapa dan ada kacang sikit.... dulu emak rajin buat tapi emak tak suka letak kacang


Kempunan nak makan nangka kambin gurun kat kampung, Som belikan nangka kat pasar tani....manis yang amat2...

Pagi2 sarapan nasi ambeng yang mantap.. banyak ni sorang makan memang tak habis... ada serunding kelapa, ikan masin bulu ayam, mee goreng dan ayam kicap

Memang dah jadi trademark anak2 cucu Haji Omar & Hjh Amanah kalau berkumpul ramai2 xtvt utama mestilah masak2 demi misi menambahkan kolesterol dalam badan dan menambah berat badan... so ni menu tengahari la pulak...

 
Black pepper beef & asam pedas ikan tengiri


 
Sayur goreng dan sambal petai membunuh.... eh mana sup ayam ? lupa lah pulak...

Budak dua orang ni makan nasi ambeng...tulah leka sangat main orang dah lunch dia orang baru nak breakfast....


Hello..hello... sorry la aku tak boleh  nak menebas, aku ada kat JB ni.. agaknya itu kut perbualan daddy on d phone


Masing2 layan sup ayam...


Encem nye anak Mummy ni...


Encemnye anak Mummy ni

Lepas lunch Mummy & Daddy pergi ke Hospital Sultan Ismail. Abang Enal (hubby Som) ikut sekali sebab nak tunjukkan jalan. Rasanya kalau kita orang pergi sendiri2 menjajau2 gak le.. Masa sampai kat hospital hujan renyai2 la pulak. Sampai betul2 wakt lawatan baru dibuka. Masa tu Abang Edi (abang Daddy) dah ada kat hospital. Yang sakit ni pakcik daddy pangkat Pak Su (adik beradik sebapa dengan MIL). Mengikut cerita Mak Su, Pak Su ni terjatuh dari lori masa nak pasang dan ikat canvas, ntah camana kaki terbelit kat tali dan jatuh, dan dr kata cara jatuh tu yang menyebabkan kecederaan saraf utama. Kepala pun cedera dan dijahit 10 jahitan. Lain2 tak ada luka teruk kecuali luka2 sikit. Cuma rasanya Pak Su ni lambat sikit mendapat rawatan, rasanya masa dia jatuh dalm pukul 11am tapi hanya ditemui oleh kawan dalam pukul 1 lebih masa lunch hour. Terus di bawa ke Hospital Kota Tinggi dan dari sana terus dipindahkan ke Hos Sultan Ismail. Kerongkong dah ditebuk untuk membantu pernafasan sebab Pak Su tak mampu nak bernafas sendiri.

Di HDW nilah Pak Su ditempatkan sejak 10 hari yang lepas. Hanya 2 orang dibenarkan dalam satu2 masa untuk melawat pesakit.

Habis waktu melawat baru Mummy balik, masa ni hujan dah agak reda sikit. Untuk Pak Su, Mummy sekeluarga doakan agar Pak Su selamat dan cepat2 sembuh (kemungkinan pagi ni Pak Su akan menjalani satu lagi pembedahan... bergantung kepada tahap  kesihatan Pak Su). Kepada Mak Su, tabahkan hati menempuh dugaan ini. Kesian pada si kecik Danish Imsyar (2 tahun setengah) yang dah 10 hari tak jumpa babab dia.

to be continued ... Part II

5 comments:

  1. Petai yang pedas membunuh tu ler..yang membuka selesa kan..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Gee, belebet tu aku punya febret la.... sedapnya..

    ReplyDelete
  3. MMiraki - gara2 petai membunuh la, one keluar masuk tandas berkali2 tau... hehehhe

    Kak Kay - belebet tu memang2 sedap.. kalau cicag ngan rendang lagi sedap... best tau gi pasar Larkin, macam2 ada...

    ReplyDelete
  4. Kak kay kalau gi pasar larkin tumau dia beli stok untuk sebulan....hehehe belacan pun aku beli daaaaa......danyang pastinya telur pindang mables...( walaupun aku kena marah free ngan gee sebab silap kedai..nasib baik telur dia sedappppp)

    ReplyDelete
  5. kak kay datang JB ta[i tak sudi singgah Mutiara Villa...jom lea kak kay cuti sekolah nie..buat siaran ulangan...

    ReplyDelete