Thursday, November 4, 2010

KT 86

Semalam Mummy & Daddy ambik halfday sebab nak hantar kakak Mummy, KNoor dan Abg Rin pergi haji. Dia orang naik KT86 dan akan terus ke Mekah. Pukul 3.30pm Mummy bertolak ke rumah KNoor dan sampai dalam pukul 4.45pm. Masa tu MMiraki dah sampai.

Best je tengok orang nak pergi haji ni kan. Semoga sampailah giliran Mummy & Daddy nanti.

KNoor tengah siap2 pakaikan Abg Rin kain ihram...


Datin S @ KNoor & Mummy... jarak umur kami almost 18 tahun


Cek lagi beg nak pastikan semua dah ada...


Wajah kau dan aku ada dimana2... hahahha


Datuk T @ Abg Rin & Pak imam


Mengaminkan doa yang dibaca


Azan sedang dilaungkan... rasa cam sayu lah pulak. Dan suara pak imam ni sangat sedap.


Bye2 semua...

Cuma anak menantu yang menghantar dan Mummy, Daddy & Dania. MMiraki tak confident nak drive sampai ke Kelana Jaya (walau hati melonjak2 nak hantar sampai ke sana) so bila kita orang bertolak dia pun bertolak balik. Pukul 5.45pm bertolak ke TH Kelana Jaya. Alhamdulillah jalan tak sesak sangat sebab ikut DUKE.

Sampai kat Tabung Haji Kelana Jaya pukul 6.45pm. Oklah tu hari masih cerah.


Keadaan kat TH masih lagi lengang

Perasan tak dua orang pakwe berbaju Melayu putih, Mummy ingat dia orang tu pekerja TH rupa2nya pekerja syarikat telco yang menjual pre-paid card


Makan sikit KNoor walaupun rasa dah tak lalu nak makan....


Acara mengisi perut...sambil berposing
 
Duduk sambil tunggu masa pendaftaran


Eira sedih je nak kena tinggal.... heheh


Ada gak orang yang sampai pasang buai kat bawah khemah menunggu ni... hehehhe
 
Penerbangan yang hujung2 ni dah tak ramai sangat rasanya dan kebanyakaannya yang pergi secara pakej.Itu yang suasana kat TH ni tak terlalu sesak. Selain dari tu kalini TH sediakan khemah menunggu yang banyak dan besar jadi orang dapat menunggu dengan selesa.

Mummy tak tunggu sampai KNoor masuk daftar, pukul 8.45 Mummy dah balik sebab ada janji nak jumpa orang yang Mummy nak jumpa dah sampai kat luar TH. Selain dari tu Mummy tak nak tunggu sebab nanti sedihlah bila nampak dia orang sorong beg masuk ke dalam tu.

Rupanya pukul 9mlm dia orang dah dipanggil daftar masuk. Masa Mummy call Ain (anak KNoor) dalam pukul 9.30 mlm, dia orang pun dah on d way balik.

Kat TH dah macam mini pasar malam, macam2 ada dari makanan pakaian dan paling banyak orang jual mainan dan aiskrim. Belon2 ni hasil beli kat TH la... itu pun setelah muncung dania boleh diikat... kalau bawak anak2 memang jenuhlah nak bawak mereka keluar dari 'zon bahaya' ni...


Dania dan telekong barunye...

Kepada Kak Noor dan Abg Rin, semoga selamat di perjalanan pergi dan balik. Semoga diberi kesihatan dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan didoakan  mendapat haji yang mabrur. Harap2 giliran Mummy dan Daddy untuk menjadi tetamu Allah disegerakan. Amin.

2 comments:

  1. muka ko dan enab tetap ada dimana-mana ye.

    ReplyDelete
  2. Mek Klate - itulah bukti xtifnye kita orang dalam xtvt keluarga... hahahah

    ReplyDelete