Sunday, November 28, 2010

Jom camping!

Hari ni anak2 Mummy, Danny & Danish nak pergi camping. Mummy balik kerja petang Jumaat tu baru daddy bagitau dia dah buat pre-registration untuk anak2 pergi camping. Mummy dengar camping je dah cuak la... camping kat mana, berapa hari, kawasan bahaya tak dll... ya la anak2 Mummy tu baru 7 & 8 tahun kalau dah besar sikit  mungkin kurang sikit risau Mummy.

Walaupun camping cuma sehari tapi banyak gak barang nak kena bawak, jenuh la nak gi beli baju berenang Danny sebab yang ada dah sempit la pulak. Nak kena beli lampu suluh lam baju hujan lah... Malam2 sambil Mummy kemas baju2 dia orang mulut ni tak berhenti pesan itu ini...Daddy kata pesanan Mummy tu cama anak nak gi camping kat puncak Himalaya je... hehee

Layan je la ye gambar2 ni... dah ngantuk la nak bagi caption...

Daniel dan member kamcingnya Danisy.

Danish & member baiknya Aiman

Dia orang bukan camping kat hutan atau gunung mana2 pun, cuma camping kat IOI Palm Garden Resort... manalah berani Mummy nak lepaskan dia orang camping kat hutan...

Danish, Danisy & Daniel

Daddy tengah isi registration form

Gang bas sekolah dan gang satu taman... Danish, Aiman, Danisy & Daniel...

Peaceeeeee

Seronok lah  Dafiy dapat main kat playground sementara Daddy isi registration form 

Masing2 jeling2 kat air tu nak terjun la yer...

Layan chess la dulu sementar yang lain2 sampai

Angkat beg masing2 dan beratur dalam dua barisan yer....

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta kali ni ada 22 orang. Satu khemah 3-4 orang. 

Hahaha... kat 'hutan' ni la anak2 Mummy pergi camping...Ok la tu nak bagi pengalaman anak2 camping. Padang ni dekat je dengan area bilik2 hotel. Dia orang akan gunakan toilet dan bilik solat kat hotel juga. Kalua tak hujan dia orang buat campfire la.. selain tu ada xtvt air, tengok movie, motivasi talk dan few activities lain.

Basikal untuk disewa

Balik dari hantar anak2 gi camping we all gi ke expo MAHA kat MARDI la pulak... tunggu N3 seterusnya... 2 biji panadol activefast dah menunjukkan kesannya... bye2 good nite .... esok nak bangun awal gi Pasar Kajang....

3 comments:

  1. Emak bapaknya tak ikut camping sekali?

    ReplyDelete
  2. mak bapaknya sebuk nak tambat lembu ngan kambing yang baru di beli dari MAHA...

    ReplyDelete