Thursday, August 2, 2012

Abah Dalam Kenangan - 9th Anniversary

Abah dalam kenangan...


2/8/2012 (Khamis) - Hari ni genap 9 tahun Abah pergi meninggalkan kami semua. Pergi yang tak akan kembali lagi. Sekejap betul masa berlalu. semoga Allah ampunkan dosa emak dan abah dan dimasukkan keduanya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatehah.


Lepas subuh tadi Mummy baca catatan adik Mummy, Mama Miraki hari-hari terakhir Abah, tapi tak sanggup nak habiskan. Rasa sedih la sangat.


Signboard rumah terakhir emak dan abah...


Pusara emak dan abah yang berdekatan...

Semoga emak dan abah damai di sana. Kami di sini tidak pernah melupakan emak dan abah. Walaupun jarak di antara kita semakin jauh tapi emak dan abah tetap dekat di hati kami. Al-fetehah untuk emak dan abah.

1 comment:

  1. Al Fatihah buat Hj Omar dan Hjh Amanah..
    Ayah kami pun dah 9 tahun pegi.. sedih bila dkt2 raya mcm ni, tp hakikat kehidupan takde sapa mampu menghalangnya.

    ReplyDelete