Saturday, August 11, 2012

Cerita 22 Ramadhan - Daniel Khatam Quran

Assalammualiakum...

22 Ramadhan dah berlalu.... hanya beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Diharap tahun hadapan kita masih mampu menyambut Ramadhan lagi. Amin.

Hari ni anak sulong Mummy, Emmer Daniel khatam al-quran secara rasminya. Alhamdulillah, Mummy target hujung tahun dia baru khatam dan dah plan nak buat majlis khatam al-quran kat rumah je, panggil adaik beradik, kawan2, dia, ustaz yang mengajar dan jiran2. Last week ustaz yang ajar Danny, called Daddy, bagitau yang Danny dah khatam dan ustaz tu cadangkan untuk buat majlis khatam al-quran Danny serentak dengan majlis khatam al-quraan tadarus. Kira short notice gak la.

Dah besar dah anak bujang kecik Mummy ni...

Jangan jeling2 nanti juling...

Posing2 dulu sebelum pegi ke surau. Masa ni si Danish dah pergi ke surau dulu naik basikal

Ada dua orang yang khatam quran

Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan nashid. Nampak tak yang paki baju oren kat belakng tu. Itu anak Mummy no 2 si Danish. Harap2 tahun depan dia pulak akan khatam al-quran

Danny & Tariq Aziz

Bismillah....

Alhamdulillah... bacaan Danny sepanjang majlis lancar jer, tiada salah silap

Terima kasih Ustaz Bustamam. Cenderahati dari AJK surau untuk Danny & Tarikh yang khatam quran

Terima Kasih Emmer

Behind the scene...

Anak punye pasal, sanggup Mummy kacau rendang ni sorang2... 3kg beb. Mau berketul2 dah otot tumbuh kat lengan Mummy ni

Untuk diisi dalam goodies bag... ada telor rebus, jelly, kek, gula2, kurma , biskut oreo & pulut kuning + rendang daging

Dah siap pun goodies bag

3 beg  ni khas untuk 3 ustaz yang mengajar Danny.

Terima kasih ustaz...

3 kg pulut Mummy buat pulut kuning, terlebih rajin Mummy ambik sebahagiannya dah cetak serta deco sikit, yang lain Mummy masukkan dalam polisterin dan masukkan dalam goody bag

2 comments:

  1. Tahniah pd mummy n anak. Semoga jd anak yg cemerlang dunia dn akhirat

    ReplyDelete
  2. ustaz tu bagi along apa.........?

    ReplyDelete