Sunday, August 26, 2012

Raya 2012 - Episod 4 (Balik ke PS)

Seperti yang telah termaktub di dalam MoU, hari raya kedua kami akan balik ke kampung lagi satu. Yeehhhhhhaaaaaaaaaa .... Mestilah terasa lebih seronok bila nak balik kampung sendiri. Kalau tak camana boleh ada peribahasa 'hujan emas di negeri orang .....'. Walau camana best pun kampung/rumah mertua mestilah kita rasa lagi best rumah/kampung kita sendiri, walaupun rumah kita cuma rumah kampung biasa, tak de ekon, tak de stremyx tapi sebab kita dibesarkan di situ mestilah kita rasa lebih rapat dengan kampung kita sendiri, betul tak cik Bedah Lova. Dan lagi satu kita balik kampung kita nak jumpa adik beradik kita sendiri, itu yang menambahkan keseronokkannya. Dengan ipar duai walau serapat mana pun  kita 'terpaksa control ayu' dalam perbuatan dan perbualan  (itu Mummy la, uols mungkin tak). Dengan adik beradik sendiri kita dah tau perangai masing2, lazer melazer dan rajuk2 manja semakin mengeratkan kami.


Barang banyak cam ni kalau tahan bas tepi jalan sure bas tak nak berhenti

Masing2 berebut nak duduk kerusi bahagian belakang sekali... boleh baring2 dan tidur dengan selesa. Sampai gaduh2 la dia orang ni. Selalu kena o-som dulu la nak tentukan siapa duduk belakang sekali












SIL yang balik ke Melaka rumah MIL

Daddy tak suka gambar ni sebab perut dia nampak bonboncitttt

Raya kedua rumah FIL dah beransur sunyi, abang ipar Mummy yang sulung balik ke Penag rumah mertua, adik ipar Mummy balik ke Melaka rumah mertua gak. So yang tinggal SIL Kak Nah dan Kamaliza. Dalam pukul 11.00am Mummy bertolak balik menuju ke PS. Transit kat Bangi dulu ambik baju2, ambik conforter ambik kuih dan bagi makan kat Dodo dan Didi (rabbit Daniel). Selain tu sempat la posing2 kejap kat rumah... heheheh






Bye2 rumah....

Kau dan aku...

Melepasi jer sempadan Melaka-Johor, keadaan hway agak sesak tapi still moving. Masa ni Mummy yang drive sbb Daddy mengantuk. Banyak kereta yang potong Q dan lalu emergency lane. Depan kereta Mummy ni ada lori dan Mummy sangat2 driver lori ni drive masuk sikit emergency lane. Tujuan driver lori ni tak bagi kereta2 potong Q. Pada Mummy bagus apa yang drive lori ni buat. Kita jenuh la drive ikut lane dan Q adalak yang nak jalan senang dan nak laju jer. Terbang la kalau nak cepat sangat sampai.

Sebelum exit Tangkak, laluan sangat2 sesak2 rasaya lebih dari satu KM. So Mummy tak jadi exit ikut Tangkak.

Kami exit tol Pagoh. Nasib baik ada abang misai yang kawal lalu lintas. Kalau tak jenuh gak nak lintas simpang ni.
Alhamdulillah .. selamat sampai ke kampung Mummy dalam pukul 6.20PM. Masa tu yang ada family Mama Miraki, Mama Janet dan Kak Long. Family Datin S dan Kak Mah pergi beraya dan Yin balik ke rumah MIL.

Posing dulu depan rumah atuk


6 comments:

  1. Wow...sofa baru untuk Raya nampak...hehehe

    ReplyDelete
  2. ye aku pun nampak sofa baru warna hitam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekian tahun tak berganti sofa... beli sofa jer coffee table dia tak beli pun guna yang lama ..

      Delete
  3. kaedah lembut nak tunjuk barangan baru beb...kena bergambor..hehe, akak nak tunjuk apa eak..pesyen rambut baru le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangkuk tingkat baru tu awak tak nampak ker...hehehe

      Delete
  4. sofa baru je ke korng nampak.....ada banyak lagi yamng korang lum nampak....nanti kita terjah umah dia...check apa2 yang baru

    ReplyDelete