Monday, August 27, 2012

Raya 2012 - Episod 6 (Siapa sangka durian dah jadi nangka)

Siapa sangka durian dah jadi nangka siapa sangka kenal diblog akhirnya bersua muka. Petang raya ke-3 Mummy, Mama Miraki dan Yin Wong Khoo Lai sudah terjah ke rumah seorang blogger yang terkenal dengan jualan minyak kelapa daranya. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Mat Som .

Dari tahun ke tahun mahu tapi malu nak terjah rumah dia tapi tahun ni kami buat muka tak malu dan terus terjah ke rumah dia. Terjah2 pun we all calling2 dulu gak, takut pengsan pulak Cikgu MS tetiba ada orang serbu rumah dia. Alahai tak sangka pulak taman perumahan dia duduk tu selalu benar Mummy lalu lalang bila nak gi beli kuih or ke kedai.

Tuan rumah... Cikgu MS dan isteri Puan Hamidah

Cikgu2

Camera-girl

Tamu2 ngan tuan rumah

Puan Hamidah yang peramah....

Ahli rombongan cik kiah dengan tuan rumah...

Anak dara MS, si Ili yang comel dan cute. Ada potensi MS dapat menantu awal ni....  

Apasal Mummy nampak besar sangat ni....huhuh

Menyibuk lagi si baju merah ni

Gara2 handphone si Ika (anak Mama Miraki) tertinggal kat rumah MSom, malam tu Cikgu MS buat kunjungan balas ke rumah kami. Kalau hp tak tertinggal sure cikgu tak datang, betul tak MS. Anyway tq for coming. Maaflah yer, rumah tinggal so cari balang kuih raya pun ntah ke mana, so nak senang hidang je dalam balang plastik besar ni..hahah. Tak majlis langsung kan...

YB Bukit Mutiara dengan wife MSom

S, L, XXXLLLLLLL ....

Posing lagi jangan tak posing

Sopan2 jer anak MS ni

Cantik mata dua beradik ni... bolatttt

Terima kasihlah pada MSom dan keluarga sebab sudi jadi tuan rumah dan sudi pulak berapa di rumah pusaka kami. Maaflah kalau kami ni terover lazer ke apa..hehehe. Lain kali datang lagi, jangan serik2 tau. Ingatkan dapatlah berjumpa dengan blogger tegar yang rajin bercermin tu (Miss Mirror) kat rumah MSom tapi tak ada rezeki la pulak. MMirror ni adik kepada MSom. Keduanya Mummy kenal melalui blog.

5 comments:

  1. Md. Som jangan serik datang kerumah kami. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. kelako tenguk gambar MS kena apit n mama miraki n Pn hamidah.terpaksa mengecilkan badan dia

    ReplyDelete
  3. dah kecikkan badan...nasib baik x tersepit kat pintu...hihihi

    ReplyDelete
  4. Betapa kerdilnya aku apabila berada di kalangan kalian....kena makan banyak-banyak udang harimau nampaknya ni.

    Apapun terima kasih banyak-banyak, dan tahun depan silalah datang dengan lebih ramai lagi. Akan saya sediakan kanopi hehehe

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya selama ni saya takut nak menerima tetamu bogger ni, maklumlah, spt yg MM katakan, dahlah kalian ni pakar memasak, lepas tu ada 4 blogger tegar, nak lawan satu blogger, tentulah takut...tapi bila jumpa, suka sangat....

    ReplyDelete