Saturday, August 25, 2012

Raya 2012 - Episod 1 (Preparation)

Assalammualaikum, hampir seminggu blog Mummy  ni terbiar, al-maklumlah tuan tanah beraya sakan. Terpaksalah memulun beraya nanti bila pulak Mummy nak pakai baju raya yang 16 helai tu...hehehe

N3 dah cam agak2 basi tapi tak pe la yer, dah sibuk beray amana ada masa nak update2 blog, baik Mummy memulun makan ketupat dan yang sewaktu dengannya

Oklah kita story... tahun ni giliran kami beraya di rumah Daddy dulu. Sejak kami kahwin 14 tahun yang lalu, kami memang dah mengamalkan sistem giliran. So tak perlu nak gaduh2 tiap kali raya sebab MOU dah ditandatangani...hahaha.

Mummy bertolak balik ke kampung Daddy hari Jumaat.

So pagi Sabtu tu lepas sahur terus bersilat kat dapor la. Mummy terus anyam rebus ketupat mini segera. kat kampung daddy ni bila raya dia orang buat ketupat palas dan lemang selalunya beli je.

Mummy cakap kat Daddy buatlah lemang seronok sikit. So Daddy pergi beli buluh dan lain2. So kira sejak kahwin ini kali ke-2 buat lemang kat kampung Daddy.

My hero... cari kayu api untuk buat bakar lemang

Susah gak nak masukkan daun pisang ke dalam buluh yer...

FIL & BIL gigih masukkan pulut dan santan ke dalam buluh

FIL tengah bakar lemang

Orang sibuk buat lemang Mummy sibuk pusing keliling rumah FIL sambil snap2....

Farmville yang diusahakn oleh FIL & MIL

Pegawai Pertanian buat lawatan tapak....heheh

Pokok kacang panjang dah keluarkan hasil. Ubi kayu tu FIL kata lagi 2-3 bulan dha boleh cabut

Pokok petola, cili, kunyit, serai dan macam2 lagi lah. Semuanya subur2 belaka

Rezeki kamilah balik kampung kali ni 2 biji nangka masak....





1 comment:

  1. Gagah lagi FIL Mummy rupanya..(first time kot saya nampak gambarnya kat blog Mummy ni).

    Lemang antara satu2nya menu raya yg tak pernah kami buat..cuma tau mkn je. Pasti seronok kan lelaki dan perempuan masing2 bergotong royong mcm tu. Teringat arwah ayah gotong royong kacau dodol bln puasa.

    ReplyDelete